2-Metilpentana merupakan sejenis alkana rantai bercabang dengan formula kimia C6H14. Sebatian ini adalah isomer struktur daripada heksana. Ianya terdiri daripada gugusan metil yang terikat pada atom karbon kedua dalam rantai utama pentana. Bentuk sebatian ini serupa dengan 3-Metilpentana, di mana gugus metilnya terikat pada atom karbon yang ketiga pada rantai pentana.
Ciri-ciri
2-Metilpentana merupakan sejenis sebatian kimia cecair yang tidak mempunyai warna. Sebatian ini mudah terbakar dan meruwap.
Penghasilan
Secara semula jadi, 2-metilpentana boleh dijumpai dalam petroleum. Sebatian ini boleh dihasilkan melalui pengisomeranheksana linear.[4]
Kegunaan
2-Metilpentana digunakan dalam pelarut dan produk pembersih.[5] Selain itu, sebatian kimia ini juga boleh digunakan dalam bidang kromatografi dan spektroskopi.[4]
^"2-methylpentane - Compound Summary". PubChem Compound. USA: National Center for Biotechnology Information. 26 Mac 2005. Identification and Related Records. Dicapai pada 5 March 2012.
^NIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards. "#0323" (dalam bahasa Inggeris). National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).
^ ab"Methylpentane". Römpp Online (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 21 Jun 2020.
^"2-Methylpentane". GESTIS Substance Database (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-11. Dicapai pada 21 Jun 2020.