Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

28 Hari Mencari Cinta

28 Hari Mencari Cinta
GenreKomedi romantik
Ditulis oleh
  • Anina Sahal
  • Mia Marziah
  • Norsyiella Annuar
PengarahNg Ken Kin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Graviti" nyanyian Amir Mirza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15 episod
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Sadupal Singh
  • Vareen Kaur
PenerbitJaspal S. Korotana
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal23 Disember 2021 – 20 Januari 2022
Kronologi
MengikutiGila-Gila Cinta
Diikuti olehLife Lila

28 Hari Mencari Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan oleh Ng Ken Kin, di bintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Hannah Delisha, Ameerul Asyraf dan Elly Arifin. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 23 Disember 2021 menggantikan Gila-Gila Cinta. [1]

Sinopsis

Faisal (Aiman Hakim Ridza) memiliki podcast sendiri dan bercita-cita ingin melebarkan sayapnya ke luar negara bagi menguji kebolehannya sebagai penyampai radio. Bagi Faisal, apa yang dicari adalah kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupnya. Namun, satu perkara yang Faisal tidak boleh lupakan ialah cinta pertamanya dengan Saleha yang mempunyai ciri-ciri gadis yang diinginkan. Faisal tidak tahu kenapa mereka berpisah secara tiba-tiba. Saleha telah meninggalkan dia tanpa sebab dan tidak dapat dijejaki sehingga kini.

Saleha (Hannah Delisha) pula meneruskan kehidupannya sebagai perancang kewangan di sebuah syarikat swasta kerana tidak berminat untuk bekerja di syarikat milik ayahnya, Encik Rahmat. Saleha ingin berdikari dan tidak mahu mengharapkan kesenangan hidup yang diberikan oleh ayahnya. Saleha bertunang dengan Danial (Ameerul Asyraf) atas kehendak Encik Rahmat. Saleha tidak menyukai sikap Danial yang suka berfoya-foya tetapi Encik Rahmat sering memuji Danial yang menjadi harapannya untuk terus memacukan perniagaannya ke peringkat global. Saleha tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan sebenar yang bakal menghampakan ayahnya.

Dalam keadaan itu, Saleha teringat pada Faisal, cinta pertamanya yang dianggap sebagai seorang lelaki dungu yang selalu membuat kesilapan malah sering kali mengulanginya. Lelaki itu jugalah telah mengunci hatinya untuk mencintai dan mengharapkan agar satu hari nanti takdir akan menemukan mereka berdua.

Podcast Faisal yang diberikan nama Love Barista membincangkan tentang kisah cinta, memberi petua untuk mencari cinta dan juga menyelesaikan masalah cinta. Podcast Faisal mendapat sambutan ramai sehingga ada kawan-kawan Saleha yang tularkan podcast itu dan ini membuatkan Saleha ingin tahu apa yang menariknya tentang podcast itu.

Takdir menemukan kembali Faisal dan Saleha. Dalam masa yang sama, Faisal mendapat tawaran kerja sebagai DJ di Australia. Dia harus berada di sana dalam masa 28 Hari. Di sinilah bermula syarat yang diberikan oleh Saleha kepada Faisal iaitu 28 hari mencari cinta untuk kembali berkasih. Faisal perlu mencari kesilapan dia dalam hubungan mereka dulu dalam tempoh 28 hari sahaja. Bagaimana pula dengan Airin yang menagihkan cinta daripada Faisal? Apakah bakal berlaku dengan hubungan Saleha dan tunangnya Danial? Adakah Faisal dan Saleha boleh kembali bahagia bersama?

Pelakon

Rujukan

  1. ^ Drama 28 Hari Mencari Cinta. MyInfoTaip. Dicapao 22 Disember 2021
Kembali kehalaman sebelumnya