8 Mac merupakan hari ke-67 (hari ke-68 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 298 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 1010 - Pemuisi Parsi Firdausi menyiapkan mahakaryanya Shahnameh, epik kebangsaan Iran dan masyarakat sekelilingnya.
- 1126 - Alfonso VII diisytiharkan sebagai Raja Castile dan Leon, setelah kemangkatan bondanya Urraca.
- 1655 - John Casor menjadi orang pertama yang diiktiraf sebagai hamba mengikut undang-undang di tanah yang kini bergelar Amerika Syarikat.
- 1618 - Johannes Kepler menemui hukum ketiga gerakan planet.
- 1702 - Puteri Anne dari Denmark dan Norway (gambar) menjadi Ratu England, Scotland dan Ireland, mewarisi William III.
- 1775 - "African Slavery in America" oleh Thomas Paine, iaitu bahan bertulis pertama di A.S. yang menggesa pemansuhan amalan perhambaan, diterbitkan.
- 1782 - Perang Revolusi Amerika: Hampir 100 orang asli Amerika di Gnadenhutten, Ohio, maut di tangan anggota militia Pennsylvania dalam pembunuhan beramai-ramai Gnadenhutten.
- 1817 - Bursa Saham New York ditubuhkan.
- 1844 - Oscar I menaiki takhta Sweden-Norway, mewarisi ayahandanya Charles XIV John.
- 1911 - Hari Wanita Antarabangsa dilancarkan di Copenhagen, Denmark, oleh Clara Zetkin, ketua Jabatan Wanita Parti Demokratik Sosial Jerman.
- 1921 - Perdana Menteri Sepanyol Eduardo Dato Iradier dibunuh ketika keluar dari bangunan parlimen di Madrid.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Pihak Belanda menyerah kalah kepada pihak Jepun di Pulau Jawa.
- 1957 - Mesir membuka semula Terusan Suez selepas berakhirnya Krisis Suez.
- 1966 - Tiang Nelson (gambar), sebatang tiang granit besar di Dublin, Ireland dengan arca Lord Nelson di atasnya, dimusnahkan oleh sebutir bom.
- 1974 - Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle dibuka di Paris, Perancis.
- 1979 - Philips menunjuk cara penggunaan cakera padat buat julung kalinya.
- 1983 - Perang Dingin: Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan memberi gelaran "empayar jahat" kepada Kesatuan Soviet.
- 2008 - Pilihan Raya Malaysia ke-12: Barisan Nasional pertama kali kehilangan majoriti 2/3 kerusi Dewan Rakyat semenjak dibentuk pada 1970-an.
- 2010 - Gempa bumi di Wilayah Elâzığ, Turki mengorbankan lebih 50 orang dan mencederakan lebih 70 lagi.
- 2014 - Pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dan masih belum ditemui.
Kelahiran
Kematian