Armaya Aman Ramlie (lahir 2 November 1949) atau lebih dikenali sebagai A.R. Badul merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah filem serta penulis skrip Malaysia.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan 2 November 1949 di Singapura tetapi dibesarkan di Parit Jawa, Muar, Johor. Beliau merupakan abang kepada Adlin Aman Ramlie juga pelakon dan pengacara, Allahyarham Amran Tompel dan seorang lagi saudara kandung beliau yang juga terlibat dalam dunia seni. Beliau merupakan anak kepada seniman Allahyarham A. R. Tompel.