"Al-Bakri" dilencongkan ke sini. Untuk kawah di bulan, sila lihat
Al-Bakri (kawah).
Abū ʿUbayd ʿAbd Allāh ibn ʿAbd al-ʿAzīz ibn Muḥammad al-Bakrī
(Arab: أبو عبيد عبدالله بن عبد العزيز بن محمد البكري, 1014–1094) adalah seorang ahli geografi dan sejarawan Muslim yang berketurunan Sepanyol-Arab. Beliau dilahirkan di Provinsi Huelva, merupakan anak kepada gabernor provinsi itu. Al-Bakri menghabiskan seluruh hidupnya di Sepanyol, menetap di Cordova, dan tidak pernah pergi menuju ke lokasi yang beliau tulis dan catatkan.
Al-Bakri menulis mengenai geografi Eropah, Amerika Utara, dan jazirah Arabia. Karya utamanya adalah Kitāb al-Masālik wa-al-Mamālik ("Book of Highways and of Kingdoms") dan Mu'jam. Karya yang pertama disebutkan dibuat pada tahun 1068, didasarkanpada literatur dan laporan pedagang dan pengunjung, termasuk Yusuf al-Warraq dan Abraham ben Jacob. Karyanya dikenali untuk tujuan objektiviti relatif yang telah disebutkan. Untuk setiap daerah, beliau telah menjelaskan tentang keadaan demografi penduduk, pekerjaan yang biasa dilakukan, geografi, iklim, dan kota utama. Informasi itu juga mengandungi maklumat geografi berkenaan Semenanjung Arab, dan di ensiklopedia dimana ia menulisnya. [1] Ia juga memaparkan berbagai anekdot mengenai setiap daerah. Sayangnya, banyak bahagian dari karya utamanya telah hilang.
Sebuah kawah di Bulan dinamai sempena beliau.
Catatan kaki
Bacaan
Templat:Tokoh-stub