Aireen Omar adalah Presiden AirAsia Digital di Kumpulan AirAsia. Beliau bertanggungjawab dalam pembinaan strategi digital AirAsia, menggalakkan inovasi dalam organisasi dan memupuk kerjasama diantara pelbagai perniagaan dan pasaran dalam Kumpulan AirAsia.
Sebelum ini, Aireen merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia. Aireen menyertai AirAsia pada bulan Januari 2006 sebagai Ketua Kewangan Korporat, di mana portfolio tersebut turut merangkumi fungsi Bendahari, Perolehan Bahan Api dan Perhubungan Pelabur. Sebelum menyertai AirAsia, Aireen pernah bekerja di Deutsche Bank Securities di New York dan Maybank.
Aireen memperolehi Ijazah dalam bidang ekonomi dari London School of Economics and Political Science dan menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Ekonomi dari New York University.[1]
Rujukan
- https://www.ey.com/en_my/entrepreneur-of-the-year/ey-entrepreneur-of-the-year-malaysia/ey-entrepreneur-of-the-year-malaysia-judging-panel/aireen-omar
- ^ "Aireen Omar". www.ey.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-05-27.