Aliran Tōzai Tokyo Metro (東京メトロ東西線, Tōkyō Metoro Tōzai-sen) merupakan aliran kereta api alihan laju yang terletak di Tokyo dan wilayah Chiba, Jepun. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran ini beroperasi diantara stesen Nakano di Nakano, Tokyo sehingga Nishi-funabashi di Funabashi, Chiba. Aliran Tōzai juga dikenali sebagai Aliran 5 Aliran Tōzai (5号線東西線, 5-gōsen Tōzai-sen).
Sejarah
Bahagian pertama aliran Tōzai dibuka pada 23 Disember 1964 diantara stesen Takadanobaba dan Kudanshita.[2] Ia kemudiannya dilanjutkan secara berperingkat-peringkat diantara tahun 1966 hingga 1969 sehingga mencecah ke stesen Nakano dan Nishi-funabashi, dimana kedua-dua stesen tersebut merupakan stesen terminal bagi aliran ini.
Gambaran keseluruhan
Kereta api ini beroperasi melalui Aliran Chūō–Sōbu milik Syarikat Kereta Api Jepun Timur (JR Timur) untuk Mitaka dan Aliran Kereta Api Laju Tōyō untuk Tōyō-katsutadai, menjadikan aliran ini satu laluan alternatif ke Chūō–Sōbu diantara stesen Nakano dan Nishi-funabashi.
Menurut Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo, sehingga Jun 2009, Aliran Tōzai merupakan aliran kereta api alihan laju tersibuk di Tokyo dengan kendalian muatan 199% pada waktu puncak diantara stesen Kiba dan Monzen-nakachō. Gerabak kereta api untuk wanita sahaja juga diperkenalkan untuk aliran ini ketika waktu puncak pagi bermula 20 November 2006.[3]
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Tōzai ditunjukkan dengan warna biru langit (▉) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "T" ().
Stesen
Secara keseluruhannya terdapat 23 buah stesen bagi aliran Tōzai dan stesen-stesen tersebut terletak di Bandaraya Tokyo dan wilayah Chiba.
Kereta api tempatan berhenti di setiap stesen. Kereta api laju berhenti di stesen yang bertanda "●" dan tidak berhenti di stesen yang bertanda "|". Sesetengah kereta api ke arah barat tidak berhenti di stesen yang bertanda "↑".
- ^ Nakano berkongsi dengan Tokyo Metro dan JR Timur dimana; JR Timur menguruskan stesen ini.
- ^ Kedua-dua stesen Tokyo Metro dan Toei dipaparkan pada peta stesen sebagai berada jauh dari satu sama lain, dan ia tidak diumumkan sebagai titik pertukaran antara satu sama lain.
- ^ Nishi-funabashi berkongsi dengan Tokyo Metro, Kereta Api Laju Tōyō dan JR Timur dimana JR Timur menguruskan stesen ini.
Depot
- Depot Fukagawa (深川検車区)
- Depot Gyōtoku (深川検車区行徳分室)
- Depot Fukagawa (深川工場)
Rujukan
Pautan luar