Andreas Möller (lahir 2 September 1967) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pemain tengah menyerang. Beliau pernah memenangi pingat juara Piala Dunia FIFA 1990 sebagai pemain simpanan dan pingat juara UEFA Euro 1996 sebagai pemain utama. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pembantu jurulatih pasukan kebangsaan Hungary (2015-2017).
Kerjaya kelab
Di peringkat kelab, Möller beraksi untuk Eintracht Frankfurt (1985–87, 1990–92, 2003–04), Borussia Dortmund (1988–1990, 1994–2000), Juventus (1992–1994) dan Schalke 04 (2000–2003). Beliau meraih Piala Liga Europa UEFA ketika bersama Juventus pada tahun 1993 dengan menewaskan Borussia Dortmund 6-1 pada agregat dan Möller menjaringkan salah satu daripada gol Juventus. Beliau seterusnya merangkul Piala Liga Juara-Juara Eropah bersama Borussia Dortmund pada 1997 selepas menewaskan kelab lamanya, Juventus 3-1.
Kerjaya antarabangsa
Bersama pasukan kebangsaan Jerman, Möller memenangi Piala Dunia 1990 dan Euro 96. Sementara itu, Möller telah tampil dalam 85 penampilan antarabangsa dan menjaringkan 29 gol. Selain dua kejohanan tersebut, beliau turut beraksi di Piala Dunia 1994 dan 1998 dengan Euro 92. Möller tidak beraksi pada final Piala Dunia 1990 dan juga tidak beraksi pada final UEFA Euro 1996 kerana digantung pada aksi separuh akhir menentang tuan rumah England. Selepas terikat seri 1-1 pada perlawanan separuh akhir, Möller menyudahkan tendangan penaltinya bagi menentukan pasukan Jerman memenangi penentuan penalti dan mara ke perlawanan akhir.
Statistik
Pasukan kebangsaan Jerman
|
Tahun |
|
Gol
|
1988 |
1 |
0
|
1989 |
6 |
2
|
1990 |
7 |
1
|
1991 |
5 |
1
|
1992 |
7 |
1
|
1993 |
10 |
7
|
1994 |
12 |
2
|
1995 |
9 |
5
|
1996 |
12 |
6
|
1997 |
4 |
0
|
1998 |
10 |
4
|
1999 |
2 |
0
|
Jumlah |
85 |
29
|
Gol antarabangsa
Gol antarabangsa oleh Andreas Möller
|
# |
Tarikh |
Lokasi |
Pasukan lawan |
Skor |
Keputusan |
Kejohanan
|
1 |
4 Oktober 1989 |
Dortmund, Jerman Barat |
Finland |
1–0 |
6–1 |
Kelayakan Piala Dunia 1990
|
2 |
5–0
|
3 |
28 Februari 1990 |
Montpellier, Perancis |
Perancis |
0–1 |
1–2 |
Persahabatan
|
4 |
16 Oktober 1991 |
Nuremberg, Jerman |
Wales |
1–0 |
4–1 |
Kelayakan Euro 1992
|
5 |
20 Disember 1992 |
Montevideo, Uruguay |
Uruguay |
0–2 |
1–4 |
Persahabatan
|
6 |
14 April 1993 |
Bochum, Jerman |
Ghana |
6–1 |
6–1
|
7 |
10 Jun 1993 |
Washington, Amerika Syarikat |
Brazil |
3–2 |
3–3 |
Piala A.S. 1993
|
8 |
22 September 1993 |
Tunis, Tunisia |
Tunisia |
0–1 |
1–1 |
Persahabatan
|
9 |
13 Oktober 1993 |
Karlsruhe, Jerman |
Uruguay |
2–0 |
5–0
|
10 |
17 November 1993 |
Cologne, Jerman |
Brazil |
2–1 |
2–1
|
11 |
15 Disember 1993 |
Miami, Amerika Syarikat |
Argentina |
1–1 |
2–1
|
12 |
18 Disember 1993 |
San Francisco, Amerika Syarikat |
Amerika Syarikat |
0–1 |
0–3
|
13 |
2 Jun 1994 |
Vienna, Austria |
Austria |
0–2 |
1–5
|
14 |
0–4
|
15 |
23 Jun 1995 |
Bern, Switzerland |
Switzerland |
1–2 |
1–2
|
16 |
23 Ogos 1995 |
Brussels, Belgium |
Belgium |
0–1 |
1–2
|
17 |
6 September 1995 |
Nuremberg, Jerman |
Georgia |
1–1 |
4–1 |
Kelayakan Euro 1996
|
18 |
8 Oktober 1995 |
Leverkusen, Jerman |
Moldova |
4–0 |
6–1
|
19 |
5–0
|
20 |
21 Februari 1996 |
Porto, Portugal |
Portugal |
0–1 |
1–2 |
Persahabatan
|
21 |
1–2
|
22 |
4 Jun 1996 |
Mannheim, Jerman |
Liechtenstein |
1–0 |
9–1
|
23 |
7–0
|
24 |
9 Jun 1996 |
Manchester, England |
Republik Czech |
2–0 |
2–0 |
UEFA Euro 1996
|
25 |
9 November 1996 |
Nuremberg, Jerman |
Ireland Utara |
1–1 |
1–1 |
Kelayakan Piala Dunia 1998
|
26 |
22 Februari 1998 |
Riyadh, Arab Saudi |
Arab Saudi |
0–1 |
0–3 |
Persahabatan
|
27 |
22 April 1998 |
Cologne, Jerman |
Nigeria |
1–0 |
1–0
|
28 |
30 Mei 1998 |
Frankfurt, Jerman |
Colombia |
3–0 |
3–1
|
29 |
15 Jun 1998 |
Paris, Perancis |
Amerika Syarikat |
1–0 |
2–0 |
Piala Dunia 1998
|
Selepas bersara
Pada Jun 2007, beliau memulakan kariernya sebagai jurulatih di kelab Viktoria Aschaffenburg yang beraksi di Oberliga Hessen. Dari tahun 2008 hingga 2011, beliau menjadi pengarah sukan bagi kelab Kickers Offenbach.
Möller tampil dalam permainan video EA Sports', FIFA. Beliau menjadi kulit permainan video FIFA 98 edisi Jerman.[1]
Pada 20 Oktober 2015, Möller diberi jawatan sebagai pembantu jurulatih bagi pasukan kebangsaan Hungary. Di sini, beliau menjadi pembantu Bernd Storck. Mereka beraksi bersama-sama ketika di Borussia Dortmund pada musim 1988-89.
Statistik kerjaya
Pencapaian
Kelab
- Borussia Dortmund
- Juventus
- Schalke 04
Antarabangsa
- Jerman
Individu
Nota
Catatan
Pautan luar