Andromeda Tonks (néa Black) adalah watak rekaan dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Dia adalah ibu Nymphadora Tonks. Sebagai ahli keluarga Black, dia adalah seorang ahli sihir berdarah tulen, anak kepada Cygnus dan Druella Black (néa Rosier). Dia adalah anak kedua daripada keluarga ini, adik kepada Bellatrix Lestrange dan kakak kepada Narcissa Malfoy. Namanya dihapuskan dari kain dewangga salasilah keluarga Black di Grimmauld Place, Nombor 12 oleh ibu saudaranya, Walburga Black, dan tidak lagi dianggap keluarga itu kerana berkahwin dengan seorang kelahiran Muggle, Ted Tonks. Walburga dan Alphard Black adalah ibu dan bapa saudara dari belah ayahnya, dan Sirius dan Regulus Black adalah sepupunya.
Sirius mengatakan bahawa Andromeda adalah sepupu kegemarannya, tetapi mereka tidak pernah bertemu dengan Andromeda dan suaminya setelah berkahwin iaitu sebelum dia ditahan di Azkaban. Hanya sedikit yang diketahui tentang watak ini, selain dia sangat berbakat dalam sihir rumahtangga yang tidak boleh dikuasai dengan baik oleh suami dan anaknya. Dia juga yang memberikan nama "Nymphadora" kepada anaknya (nama yang tidak disukai Nymphadora sendiri, dan lebih suka dipanggil "Tonks"), nama yang mengandung unsur yang biasa digunakan oleh keluarga Andromeda.
Daripada kisah tentangnya, banyak yang berpendapat bahawa Andromeda mungkin masuk ke rumah selain Slytherin. Tetapi Horace Slughorn dalam Putera Berdarah Kacukan mengatakan bahawa seluruh keluarga Black, kecuali Sirius, masuk ke rumah Slytherin, yang bermakna bahawa Andromeda juga ahli rumah itu. Andromeda berkemungkinan salah satu contoh seorang "Slytherin yang baik".
Keluarga Black
Etimologi nama
Dalam mitologi Yunani, Andromeda adalah adik kepada raja dan permaisuri Ethipia yang dirantai pada batu karang untuk dikorbankan kepada raksasa laut yang dikirim oleh dewa Poseidon. Dia diselamatkan oleh Perseus, yang kemudian menikahinya meskipun Andromeda sudah bertunangan dengan Phineus.
Dalam astronomi, Andromeda adalah nama sebuah galaksi yang dinamai berdasarkan mitologi tersebut. Galaksi Andromeda adalah galaksi yang paling hampir ukurannya dengan Bima Sakti. Kedua-duanya adalah dua galaksi terbesar di Kumpulan Tempatan.
Pautan luar