Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Angka Armenia

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Sistem angka Armenia ialah sistem angka bersejarah yang dicipta dari huruf besar abjad Armenia.

Tiada tatatanda bagi sifar dalam sistem yang lama, dan nilai angka untuk setiap huruf ditambah bersama. Prinsip asas sistem ini adalah sama dengan angka Greek dan angka Ibrani purba. Di negara Armenia moden, angka Arab yang juga terkenal di seluruh dunia, digunakan secara rasmi. Penggunaan moden angka Armenia adalah hampir sama dengan penggunaan angka Rumi dalam bahasa Inggeris moden, contohnya Գարեգին Բ. bermaksud Garegin II dan Գ. գլուխ bermaksud Bab III (sebagai tajuk utama).

Angka Armenia
Armenian Transliterasi Arab
Ա A 1
Բ B 2
Գ G 3
Դ D 4
Ե E / YE 5
Զ Z 6
Է É 7
Ը Ě (Ə/ə) 8
Թ T‘ 9
Ժ Ž 10
Ի I (Ē) 20
Լ L 30
Խ X (KH) 40
Ծ C ('tDZ) 50
Կ K' 60
Հ H 70
Ձ DZ 80
Ղ GH 90
Ճ Č ('TCH) 100
Մ M 200
Յ Y 300
Ն N 400
Շ Š (SH) 500
Ո O / V 600
Չ Č‘ (CH) 700
Պ P' 800
Ջ J' 900
Ռ RR 1000
Ս S 2000
Վ V 3000
Տ T' 4000
Ր `R 5000
Ց C‘ (TS) 6000
Ւ Y / I / V (H) 7000
Փ P 8000
Ք K 9000

Perlu diingat yang dua huruf terakhir abjad Armenia, "o" (Օ) dan "fe" (Ֆ) hanya ditambah ke dalam abjad Armenia apabila angka Arab sudah digunakan, bagi memudahkan transliterasi ke bahasa lain. Kedua-duanya tidak memiliki nilai angka.

Algoritma

Nombor di dalam sistem angka Armenia diperolehi dengan penambahan mudah. Angka Armenia ditulis dari kiri ke kanan (seperti dalam bahasa Armenia). Walaupun susunan angka adalah tidak relevan kerana hanya penambahan yang dilakukan, lazimnya ia ditulis dalam susunan nilai menurun.

Contoh:

  • ՌՋՀԵ = 1975 = 1000 + 900 + 70 + 5
  • ՍՄԻԲ = 2222 = 2000 + 200 + 20 + 2
  • ՍԴ = 2004 = 2000 + 4
  • ՃԻ = 120 = 100 + 20
  • Ծ = 50

Untuk nombor lebih besar dari 9000, satu baris diletakkan di atas huruf, yang mendarabkannya dengan 10,000. Contohnya, 10,000 ditulis Ա dengan baris di atasnya, dan 20,000 ditulis Բ dengan baris di atasnya.

Kembali kehalaman sebelumnya