Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Anjing botak

Seekor anjing botak Afrika di Muzium Zoologi Walter Rothschild, Tring, England
Keragaman berbulu bagi anjing berjambul China dipanggil "paf bedak" dan merupakan jenis beriktiraf

Anjing botak, anjing tidak berbulu, anjing tanpa bulu, anjing telanjang, atau anjing bogel ialah anjing dengan pembawaan genetik untuk kebotakan dan keguguran bulu. Terdapat dua jenis kebotakan genetik yang diketahui, iaitu jenis dominan dan jenis resesif. Jenis dominan disebabkan oleh displasia ektoderma oleh sebab mutasi di dalam gen autosom FOXI3.[1]

Gen dominan

Anjing dengan gen-gen dominan untuk kebotakan dapat mewariskan atribut-atributnya kepada anak-anaknya dalam keadaan semula jadi; iaitu, di luar kawalan manusia. Oleh itu, ada kemungkinkan bahawa, di sesetengah bahagian dunia, kelompok-kelompok anjing botak muncul tanpa campur tangan manusia. Kemudian dalam sejarah, manusia mengembangkan kelompok-kelompok ini menjadi baka-baka beriktiraf.

Baka-baka yang diiktiraf di seluruh dunia pada masa ini merupakan anjing berjambul China, xoloitzcuintle (anjing botak Mexico), orkid Inka Peru.

Pila Argentina, khala botak dari Bolivia, dan anjing botak Ecuador bukan baka anjing botak berdaftar.

Baka-baka lain yang dikatakan pernah wujud pada masa lalu merupakan anjing botak Afrika (juga dikenali sebagai terier pasir Habsyah, anjing botak Mesir, dan anjing gajah Afrika ― sebagai rujukan kepada kulit kelabunya) dan anjing botak Siam.[perlu rujukan]

Jenis struktur genetik ini dikatakan maut pranatal homozigot untuk gen dominan.[2] Ini bermaksud bahawa zigot-zigot dengan dua gen dominan tidak dapat hidup. Oleh itu, semua anjing botak dominan mempunyai struktur gen heterozigot. Ini membolehkan agar jenis resesif homozigot kekal, iaitu keragaman berlapis bulu.

Untuk anjing dengan gen dominan untuk kebotakan, pengawanan anjing botak dengan anjing botak pada purata menghasilkan 66.6% anak anjing botak dan 33.3% anak anjing berlapis bulu. Untuk pengawanan anjing botak dengan anjing berlapis bulu, terdapat purata nisbah berlapis bulu dengan botak 50%/50%, sementara untuk pengawanan anjing berlapis bulu dengan anjing berlapis bulu, semua anak anjing berlapis bulu.[3]

Keragaman berlapis bulu bagi anjing berjambul China dipanggil "paf bedak" dan merupakan jenis beriktiraf. Keragaman berlapis bulu bagi xoloitzcuintle pula diiktiraf sebagai jenis sah untuk penunjukan pengakuran dengan sesetengah pejabat pendaftaran, termasuk AKC.[4] Keragaman berlapis bulu bagi baka-baka lain mungkin diiktiraf atau mungkin tidak diiktiraf sebagai keragaman sah untuk penunjukan pengakuran, bergantung pada baka dan pertunjukan atau pertubuhan pendaftaran.

Baka anjing botak

Galeri

Rujukan

Kutipan

  1. ^ Manin, Aurélie; Ollivier, Morgane; Bastian, Fabiola; Zazzo, Antoine; Tombret, Olivier; Equihua Manrique, Juan Carlos; Lefèvre, Christine (30 Ogos 2018). "Can we identify the Mexican hairless dog in the archaeological record? Morphological and genetic insights from Tizayuca, Basin of Mexico" [Dapatkah kita mengenal pasti anjing botak Mexico dalam catatan arkeologi? Pandangan morfologi dan genetik dari Tizayuca, Lembangan Mexico]. Journal of Archaeological Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 98: 128–136. Bibcode:2018JArSc..98..128M. doi:10.1016/j.jas.2018.08.008. ISSN 1095-9238. S2CID 135348745.
  2. ^ Robinson, Roy (1 Mei 1985). "Chinese crested dog" [Anjing berjambul China]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 76 (3): 217–218. doi:10.1093/oxfordjournals.jhered.a110074. ISSN 1465-7333. PMID 3998444. S2CID 39976418.
  3. ^ Genetics part II: Defining and calculating traits (dalam bahasa Inggeris)
  4. ^ "Xoloitzcuintli Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Xoloitzcuintli] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
  5. ^ Morris (2002), m/s. 596.

Bibliografi

Kembali kehalaman sebelumnya