Juara Lagu1992 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1992. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan MCA, Kuala Lumpur pada 20 Disember 1992 dan dihoskan oleh pengacara & penerbit Muzik Muzik 92; Azwan Ali bersama Haleeda Mazlin, Rina Khan dan Wohnen.
AJL edisi kali ini telah menyaksikan format yang berbeza digunakan buat pertama kali di mana penyertaan ke peringkat akhir ditentukan melalui tiga kategori utama (Rock, Pop Kreatif dan Irama Malaysia) di mana empat lagu dari setiap kategori akan dipilih di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik dan bukan lagi secara bulanan seperti tahun-tahun sebelumnya. Perubahan ini sudah dilihat apabila pada tahun sebelumnya, hampir kesemua lagu diperingkat akhir ialah lagu Rock. Pada persembahan selingan, slot Irama Malaysia diperkenalkan lantas membuka ruang cerah untuk lagu bukan Rock untuk turut bertanding dalam kategori mereka sendiri ke peringkat akhir Juara Lagu.
i Lagu ini asalnya dinyanyi untuk skor filem "Syakila" dengan menggunakan suara Rahim Maarof tetapi ketika filem menunggu tayangan, M. Nasir memberikan lagu ini kepada Razzi Rahman. Lagu ini kemudian dinyanyikan sekali lagi oleh Rahim Maarof dalam gubahan rock.
Edisi AJL kali ini adalah satu-satunya dalam sejarah AJL dimana AJL tidak mempertandingkan kategori persembahan terbaik.
Ini kali ke-4 Pengacara duduk bermeja mengacarakan pertandingan akhir AJL.
Ini juga kali pertama Juara Lagu dinobatkan berdasakan lagu terbaik daripada kalangan juara setiap kategori, dan Pop Kreatif diangkat sebagai kategori pertama menjuarai AJL sebelum ditukar kepada kategori Balada.
Ini juga penampilan pertama Jamal Abdillah dalam pentas akhir AJL, selepas tidak dapat membuat persembahan pada AJL 1 1986.
Kumpulan Exist menjadi kumpulan rock termuda serta finalis kerana kumpulan ini dibarisi oleh remaja yang rata-rata berusia dalam 16 tahun.
Ini juga satu-satunya penyertaan dimana Adnan Abu Hassan bertanding sebagai penyanyi alam kategori Irama Malaysia.
Hanya terdapat 3 buah Kumpulan Rock yang layak bertanding pada pentas akhir AJL kali ini, iaitu Kumpulan Fotograf, Kumpulan Exist & Kumpulan Gravity.
Biarpun tidak dapat membuat persembahan untuk lagu "Syakilla", Rahim Maarof diundang untuk membuat persembahan selingan menerusi lagu "Dir". Lagu tersebut kemudian mara ke peringkat akhir dalam edisi AJL ke-8, pada 1993.
Kali ini juga merupakan penyertaan pertama Ratu Balada Malaysia, Ziana Zain.
Semua penyanyi lelaki dalam kategori Irama Malaysia memakai tengkolok/tanjak.
Lagu Di Alam Fana Cinta nyanyian kumpulan Fotograf memenangi anugerah khas di atas pencapaian kedudukan tempat pertama carta selama 17 minggu berturut-turut.
Ramai penggiat seni tanahair yang hadir, antara yang mencuri tumpuan ialah aktres popular Sofia Jane.
Gitaris kumpulan Lefthanded, Man Kidal mengiringi persembahan Jamal Abdillah dan Nash.
Fauzi Marzuki merupakan komposer yang pencalonan lagunya terbanyak dalam edisi Juara Lagu kali ini iaitu dengan 3 lagu, iaitu satu dari kategori Rock dan dua dalam kategori Pop Kreatif.