Ardell Aryana |
---|
|
Kelahiran | Nurul Hidayah binti Mohd Amin (1990-04-13) 13 April 1990 (umur 34)
|
---|
Pendidikan | Diploma Pengurusan Perniagaan |
---|
Pusat pendidikan | Kolej Cambridge |
---|
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
---|
Tahun aktif | 2013–kini |
---|
Ejen | Prokuya Studios (2015–kini) |
---|
Ketinggian | 5 ft 0 in (1.52 m) |
---|
Pasangan | Nadzmi Adhwa (k. 2019) |
---|
Anak-anak | 2 |
---|
Nurul Hidayah Mohd Amin (lahir 13 April 1990) atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana (Jawi: ارديلل اريان) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan pada 2013, beliau terkenal dengan drama lakonannya termasuk Baby Ana Milik Siapa? (2014), Asam Pedas Untuk Dia (2015) dan Anakku Diva (2016). Filem-filem lakonan beliau termasuk Dorm Melati (2017) dan Surf This Love: Gelora Juara (2018).
Beliau juga merupakan artis di bawah Prokuya Studios milik pelakon Farid Kamil dan Fadzil Zahari.[1]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Nurul Hidayah binti Mohd Amin pada 13 April 1990 di Kuala Selangor, Selangor.[2] Beliau dibesarkan dalam keluarga mualaf, bapanya, Mohd Amin berasal dari Indonesia dan ibunya, Sawiyan Abdullah berbangsa Cina[3] dan merupakan anak kelima daripada enam beradik, dan anak perempuan tunggal; Ibu bapanya bercerai ketika Ardell masih kecil.[4][5] Beliau dan adik-beradiknya dibesarkan dalam kepercayaan agama Islam.[3] Ardell merupakan lulusan dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Cambridge.[1]
Kerjaya
Penglibatan Ardell dalam bidang seni bermula secara tidak sengaja.[6] Ketika itu, beliau membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti dan sejak itu, Ardell mula mendapat panggilan daripada sebuah syarikat penerbitan yang berminat untuk menawarkan beliau berlakon. Sepanjang tahun 2013, beliau aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri. Namun, pendiriannya lantas berubah selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studios Sdn Bhd milik adik pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari iaitu suami kepada pelakon, Yana Samsudin, pada tahun 2015. Beliau juga kembali aktif pada tahun yang sama berkat dorongan dan sokongan daripada syarikat pengurusan ia membantu memulihkan semangat beliau malah, hubungan mereka yang rapat seperti satu keluarga.[4]
Nama Ardell mula mencuri tumpuan peminat drama selepas membintangi drama adaptasi novel karya Nuree Mirza, Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3 pada tahun 2015. Beliau memegang watak sebagai Farhana, adik bongsu kepada Ahmad Ziyad lakonan Shukri Yahaya.
Selain berlakon, Ardell mempunyai bakat dalam penulisan skrip apabila diberi kepercayaan dalam penulisan skrip untuk drama berjudul Penipuan Seorang Ibu.[7] Di samping itu, beliau juga telah berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan televisyen dan mengacara sebuah program travelog, bertajuk Extreme Road Trip bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad pada tahun 2016. Program arahan pengarah Nizam Zakaria menemui penonton pada 1 Oktober 2016 di saluran Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) setiap hari Sabtu, 7 malam manakala bagi siaran ulangan di Astro Maya HD.[8][9][10]
Filem pertama yang dibintangi oleh Ardell ialah sebuah filem seram bertajuk CCTV. Beliau memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Marianaa yang bekerja di sebuah hospital yang penuh misteri dan beliau juga bergandingan bersama Aeril Zafrel dalam filem tersebut.[11][12][13] Pada tahun 2017, Ardell muncul dalam drama bersiri Cinta Hati Batu yang bersiaran di TV3.
Ardell muncul dalam sebuah filem drama sukan bertajuk Surf This Love: Gelora Juara lakonan bersama Shukri dan Josiah Hogan yang ditayangkan pada 22 Februari 2018.[14][15][16] Beliau muncul dalam filem XX-Ray 3 arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada 24 Januari 2019.[17][18]
Kehidupan peribadi
Pada pertengahan 2017, Ardell secara rasminya memakai hijab sepenuhnya.[19] Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang normal, bukan sebagai pengkid.[3]
Pada lewat Jun 2018, Ardell disahkan menghidap kanser tahap 3.[20] Pada Disember 2018, Ardell dalam status terbaharu di akaun Instagram miliknya mendakwa dua kereta termasuk keretanya telah dipecah pada bahagian cermin semasa mengunjungi taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak.[21][22]
Pada 1 September 2019, Ardell sah menjadi isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa dan selamat diijab kabulkan di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor. Mereka berdua mulai rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bedah pada tahun 2015.[23][24][25][26][27]
Ardell dan Nadzmi dikurniakan cahayamata sulung pada 5 Jun 2020.[28] Pasangan ini terdahulu mengumumkan bakal menimang cahayamata pada Disember 2019.[29]
Cabang lain
Selain kerjaya lakonan, Ardell turut bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Pada 8 Januari 2020, beliau bersama suami, Nadzmi terlibat dalam misi kemanusiaan ke Syria di bawah Yayasan Tabung Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM). Beliau sebelum ini pernah ke Palu, Indonesia bagi membantu mangsa gempa bumi.[30]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2013
|
ORIENTASI
|
Rara Komeng
|
|
|
2016
|
Dodol Dodol Cinta
|
Nurul Ain
|
TV2
|
|
2017
|
Titik Terakhir
|
Dilla
|
Astro Prima
|
|
2018
|
Homestay Maya
|
Mawar
|
Astro Citra
|
|
2019
|
Jodoh Wassap
|
Angah
|
TV3
|
|
Khutbah Terakhir
|
Sakinah
|
TV1
|
|
Televisyen
Rujukan
Pautan luar