Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Arminius

Arminius, juga dikenali sebagai Armin atau Hermann (18/17 SM -21 M) ialah seorang pemimpin puak Cherusci yang berjaya menewaskan tentera Rom dalam Perang Hutan Teutoburg. Gabungan pimpinannya menentang Empayar Rom purba berjaya menghalang usaha Germanicus, anak saudara kepada Maharaja Tiberius, untuk menakluki wilayah-wilayah Jermanik di selatan Sungai Rhine. Walaupun Arminius akhirnya tidak berjaya menyatukan seluruh puak-puak Jermanik, kejayaan mengejutnya mempunyai kesan yang mendalam ke atas sejarah puak Jermanik mahupun Empayar Eropah bagi tahun-tahun selepasnya.


Kembali kehalaman sebelumnya