Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Batuan dasar

Tanih dan cebisan batu melitupi batuan dasar di Sandside Bay, Caithness.

Dalam bidang stratigrafi, batuan dasar ialah batu pejal natif yang mendasari permukaan planet bumian seperti Bumi. Di atas batuan dasar lazimnya ada batu-batan yang tercebis-cebis dan terluluhawa dalam tanah bawah dasar. Adalah penting untuk mengenal pasti di mana letaknya permukaan atas batuan dasar ketika melaksanakan projek kejuruteraan awam, dengan kaedah penggalian, menggerudi atau geofizik. Pemendapan permukaan boleh menjadi sangat tebal sehingga batuan dasar itu berada ratusan meter di bawah permukaan.[1]

Batuan dasar boleh meluluhawa di bawah permukaan atasnya untuk membentuk saprolit.

Peta geologi yang cukup padat boleh menunjukkan taburan pelbagai jenis batu, yakni batu yang terdedah pada permukaan seandainya semua tanih atau longgokan permukaan yang lain dikosongkan.[2]

Rujukan

  1. ^ "Swinford,E.Mac What the glaciers left behind - drift thickness map of Ohio, Ohio Department of Natural Resources, Division of Geological Survey, surat berita 2004, No.1" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-10-02. Dicapai pada 2010-11-27.
  2. ^ BGS. "Digital Geology - Bedrock geology theme". Dicapai pada 2009-11-12.
Kembali kehalaman sebelumnya