Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Bendera Sweden

Nisbah: 5:8/10:16

Bendera Sweden (Svensk: Sveriges flagga) terdiri daripada suatu salib kuning di atas sebidang warna biru. Bentuk terkininya pertama kali dirasmikan pada 1906.

Rekaan

Perlambangan

Jata asas kerajaan Sweden

Tanda salib berwarna kuning melambangkan anutan Kristian yang lazim di negara itu.[1][2] Ia diilhamkan bendera negara Denmark yang pernah menguasai tanah-tanah negara itu, corak bendera tersebut turut diikuti negara-negara serantau Skandinavia lain yang berjiran.[3]

Warna-warna biru dan kuning datang daripada jata negara tersebut terdiri daripada suatu perisai berbidang biru dihiasi tiga mahkota emas; ia dijadikan warna-warna rasmi kerajaan tersebut semasa zaman Raja Magnus III, melambangkan kemajuan dan semangat yang menyala.

Spesifikasi

Nisbah bagi ukiran salib ke bidang adalah 5:2:9 secara mendatar dan 4:2:4 menegak.[4]

Warna-warna bendera pula ditetapkan seperti berikut:

  • dalam Sistem Warna Semulajadi (Natural Color System, NCS) - NCS 0580-Y10R untuk warna kuning, NCS 4055-R95B untuk warna biru.[5]
  • dalam Pantone - PMS 301 C/U untuk warna biru, PMS 116 or PMS 109 U untuk warna kuning.[6]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Jeroen Temperman. State Religion Relationships and Human Rights Law. Martinus Nijhoff Publishers. Dicapai pada 2007-12-31. Many predominantly Christian states show a cross, symbolising Christianity, on their national flag. Scandinavian crosses or Nordic crosses on the flags of the Nordic countries–Denmark, Finland, Iceland, Norway and Sweden–also represent Christianity.
  2. ^ Carol A. Foley. The Australian Flag: Colonial Relic or Contemporary Icon. William Gaunt & Sons. Dicapai pada 2007-12-31. The Christian cross, for instance, is one of the oldest and most widely used symbols in the world, and many European countries, such as the United Kingdom, Norway, Sweden, Finland, Denmark, Iceland, Greece and Switzerland, adopted and currently retain the Christian cross on their national flags.
  3. ^ Andrew Evans. Iceland. Bradt. Dicapai pada 2007-12-31. Legend states that a red cloth with the white cross simply fell from the sky in the middle of the 13th-century Battle of Valdemar, after which the Danes were victorious. As a badge of divine right, Denmark flew its cross in the other Scandinavian countries it ruled and as each nation gained independence, they incorporated the Christian symbol.
  4. ^ "Lag (1982:269) om Sveriges flagga" (dalam bahasa Sweden). Riksdag. Dicapai pada 2019-08-02.
  5. ^ "Förordning (1983:826) med riktlinjer för färgnyanserna i Sveriges flagga" (dalam bahasa Sweden). Riksdag. Dicapai pada 2019-08-02.
  6. ^ "Sveriges flaggas färger". riksarkivet.se (dalam bahasa Sweden). Riksarkivet. Dicapai pada 3 March 2019.

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Kembali kehalaman sebelumnya