Benny Kabur Harman (lahir 19 September 1962) ialah ahli politik Indonesia dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia dan anggota Partai Demokrat.[1] Harman mula dikenali setelah menolak Undang-Undang Cipta Kerja dan ditolak untuk menyatakan pendapatnya oleh Timbalan Speaker DPR, Azis Syamsuddin.[2]
Semasa belajar undang-undang di Universitas Brawijaya, beliau aktif di Perhimpunan Mahasiswa Katolik Republik Indonesia dan berkhidmat sebagai ketua cawagan di Malang dari tahun 1985 hingga 1990.[3] Beliau juga merupakan pengasas dan pengarah Persatuan Bantuan Hukum Indonesia (PBHI) dari 1995 hingga 1998.
Harman adalah sebahagian daripada Suruhanjaya II DPR.
Rujukan
Pautan luar