Berani Punya Budak |
---|
Poster keluaran tayangan |
Pengarah | Afdlin Shauki |
---|
Lakon layar |
- Afdlin Shauki
- Nat Nualpant
|
---|
Dihasilkan oleh |
- Noradyman Sulaiman
- Jason Lau (eksekutif)
- Ismail Abdur Rahman (eksekutif)
- Afdlin Shauki (eksekutif)
|
---|
Dibintangi | |
---|
Sinematografi | Helmi Yusof |
---|
Disunting oleh | Aizam Syamsul Aksan |
---|
Syarikat penerbitan | |
---|
Diedarkan oleh | Alternate Pictures |
---|
Tarikh tayangan |
- 26 April 2012 (2012-04-26) (Malaysia)
|
---|
Negara | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Pecah panggung | RM1.13 juta |
---|
Berani Punya Budak ialah filem aksi komedi Malaysia 2012 arahan dan lakonlayar oleh Afdlin Shauki dan merupakan versi bahasa Melayu untuk filem Thailand, Brave (2007).[1][2][3] Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang terdiri daripada Afdlin, Awie, Adlin Aman Ramlie, Riezman Khuzaimi dan Sharifah Sofia, filem ini ditayangkan pada 26 April 2012 oleh Ismail Holdings dan Vision Works.[4][5]
Sinopsis
Shuhami Abdullah/Tong baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan adik iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama adik iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.
Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.
Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?
Pelakon
- Afdlin Shauki sebagai Suhaimi Abdullah "Tong", NRM yang menetap di Bangkok dan abang ipar kepada B.Afdlin juga bertindak alih suara untuk semua babak
- Mike B sebagai B,adik ipar kepada Suhaimi yang terlibat curi data pelanggan Wealthy Bank (versi melayu dialih oleh:Azman Abu Hassan)
- Awie sebagai John,Orang kanan penjenayah yang bertutur dialek Perak .
- Supaksorn Chaimongkol sebagai Lita
- Adlin Aman Ramlie sebagai Detektif Azman
- Johan Raja Lawak sebagai Detektif Azlan
- Nabil Ahmad sebagai Adik John
- Sharifah Sofia sebagai Meaw,Bekas teman wanita B
- Riezman Khuzaimi sebagai Informer
- Zaidi Mat Zain sebagai Gangster
- Henzi Andalas sebagai Ahli Silap Mata
- Shahrol Shiro sebagai Pegawai Imigresen
Penerbitan
Berani Punya Budak diarahkan oleh Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Filem ini melibatkan kerjasama antara 2 syarikat produksi Malaysia, iaitu Vision Works dan Ismail Holdings dan syarikat produksi Thailand, Film Frame Productions.[6] Ia merupakan adaptasi Malaysia bagi filem Brave yang ditayangkan di Thailand pada 2007.[7]
Menurut Afdlin, beliau berhasrat untuk menayangkan filem Brave di Malaysia pada 2009, namun akibat masalah cetak rompak yang berlaku menyebabkan hasrat itu terpaksa dibatalkan.[8][9] Beliau telah merombak semula skrip asal filem Brave sebanyak 30 peratus untuk menghasilkan Berani Punya Budak. Rombakan itu dibuat bersesuaian dengan cita rasa dan budaya masyarakat di negara ini. Barisan pelakon-pelakon asal seperti Awie, Sharifah Sofia, Supaksorn Chaimongkol, Pairote Boongerd dan Afdlin sendiri, dikekalkan untuk filem ini, dengan penambahan beberapa pelakon baharu seperti Adlin Aman Ramlie dan Riezman Khuzaimi serta dua alumni Raja Lawak Astro, Johan dan Nabil Ahmad. Afdlin berkata: "Filem ini masih lagi memaparkan banyak aksi terutamanya yang membabitkan pergaduhan, tetapi elemen komedi yang diterapkan menerusi dialognya yang sangat kelakar setelah dialih suara ke bahasa Melayu. Kalau dalam filem Brave semua dialog menggunakan bahasa Thai, untuk filem ini pula 100 peratus menggunakan bahasa Melayu dan itulah kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem ini,".[10]
Keluaran dan sambutan
Berani Punya Budak dikeluarkan pada 26 April 2012[11][12] dan telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM500,000 pada minggu pertama tayangan perdana rasminya.[13] Jumlah kutipan meningkat kepada RM1.3 juta.[14]
Mohd Aizat Shamsuddin dari Berita Harian menulis bahawa dialog Berani Punya Budak dianggap "merapu tetapi kelakar".[15] Feride Hikmet Atak, mengulas untuk mStar Online, menulis bahawa filem ini boleh "dibahagikan kepada dua kategori iaith sama ada penonton akan terhibur dengan dialog merapu yang lucu" atau "plot jalan cerita visualnya yang menunjukkan kisah yang lebih serius".[16] Dalam ulasan retrospektifnya mengenai filem ini, Hans Hanis dari portal Rollo de Pelicula bependapat bahawa Berani Punya Budak mempunyai "segala-galanya yang anda inginkan atau pun tidak inginkan iaitu komedi, parodi, gila-gila, bosan, paling merepek dan juga aksi yang cukup menarik", sambil menambah "babak-babak yang melibatkan aksi dan pertarungan yang sememangnya cukup menarik, kelihatan realistik dan setaraf dengan filem-filem aksi luar negara".[17] Mengulas untuk Cinema Online, Nurul Yezid berkata: "...Apa yang dipanggil garis lucu sepatutnya lucu, tetapi ia ternyata agak dipaksa dan dirombak daripada filem lain yang bergenre serupa".[18] Rotikaya pula memberi penarafan 3/5 bintang untuk filem ini sambil mengulas: "Elemen komedi menjadi elemen utama bakal membuatkan anda sedikit terhibur serta telatah-telatah pelakon yang akan membuatkan anda ketawa ketika menikmati filem ini. Jangan terlalu berfikir ketika menonton filem ini, sememangnya anda hanya perlu melayan sahaja jalan ceritanya".[19] OhArtis! memberi penarafan 2/5 bintang untuk filem ini dan berkata: "Diharapkan dengan kewujudan filem Berani Punya Budak ini, ianya tidak menghancurkan reputasi Afdlin Shauki sebagai pengarah hebat dan disanjungi ramai selama ini".[20]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Karya arahan | |
---|
Album studio | |
---|
Keluarga | |
---|
Syarikat penerbitan | |
---|
|