Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Beting pasir

Beting pasir antara St. Agnes, pulau kecil Scilly dan Gugh di Pulau Scilly di persisiran pantai Cornwall

Beting pasir adalah bentuk muka bumi yang memanjang ke dalam air, biasanya terdiri daripada pasir, mendakan atau anak batu. Ia mampu menghalang pelayaran dan aliran arus air.

Beting pasir boleh wujud di laut, di tasik, atau di sungai. Juga beting boleh memisah tasik dari laut, sebagaimana dalam kes "ayre". Ia biasanya terdiri daripada pasir, sungguhpun sebarang bahan berketul yang boleh dibawa air (sebagai contoh, tanah, mendakan, anak batu, batu kerikil, malah bongkah batu). Saiz zarah bahan yang membentuk beting berkait dengan saiz ombak atau kekuatan arus yang mengerakkan bahan tersebut, tetapi kehadiran bahan untuk dibawa air atau arus juga penting.

Ciri-ciri beting yang mampu terbentuk dalam pelbagai saiz, dari beberapa meter dalam anak sungai kepada mendakan laut sepanjang beberapa ratus kilometer sepanjang persisiran pantai, sering kali dipanggil pulau sawar (barrier island).

Kembali kehalaman sebelumnya