Biro Keamanan Antarabangsa (BKA) (Perancis: Bureau International de la Paixcode: fr is deprecated ), ditubuhkan pada 1891, [1] merupakan salah satu persekutuan keamanan antarabangsa tertua di dunia.
BKA ditubuhkan di bawah nama Biro Tetap Keamanan Antarabangsa (Bureau International Permanent de la Paix), dan bermula 1912, ia menggunakan nama Biro Keamanan Antarabangsa. Namun, dari tahun 1946 sehingga 1961, ia dikenali sebagai Badan Perhubungan Antarabangsa Organisasi Keamanan atau International Liaison Committee of Organizations for Peace – ILCOP (Comité de liaison international des organisations de paix – CLIOP).
Organisasi ini telah diberikan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1910 "bertindak sebagai penghubung antara pertubuhan keamanan pelbagai negara".[2][3] Sehingga 2012, 12 orang dari biro ini telah menerima Hadiah Nobel.[4]
Hadiah Keamanan Seán MacBride
Ditubuhkan pada 1992, Hadiah Keamanan Seán MacBride diberikan oleh Biro Keamanan Antarabangsa kepada individu atau organisasi yang telah memberi sumbangan dalam kerja-kerja keamanan, hak asasi manusia dan/atau perlucutan senjata.[5] Ia dinamakan semperna Presiden BKA dari tahun 1974-1985, Seán MacBride.[6]