Biro ini telah ditubuhkan pada 20 Mei 1875, berikutan penandatanganan Persidangan Meter, sebuah perjanjian antara 51 negara (setakat Ogos 2008[kemas kini]).[1] Ia beribupejabat di Pavillon de Breteuil di Sèvres, Perancis, sebuah tapak berkeluasan 4.35 hektar (asalnya 2.52ha)[2] yang diberikan kepada Biro oleh Pemerintah Perancis pada tahun 1876, di mana ia menikmati status luar wilayah[3] yang dijelaskan dalam suatu dekri pemerintah Perancis No 70-820 bertarikh 9 September 1970.[2]
Fungsi
Di bawah pihak berkuasa Persidangan Metrik, BIPM membantu untuk memastikan keseragaman berat dan ukuran SI di serata dunia. Ia berbuat demikian melalui satu siri jawatankuasa perundingan, yang ahlinya merupakan makmal metrologi negara persidangan ahli negara dan melalui kerja makmal sendiri.
Biro ini menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan pengukuran. Ia mengambil bahagian dan menganjurkan perbandingan antarabangsa piawaian pengukuran kebangsaan dan menjalankan penentukuran untuk negara anggota.
Biro ini turut mempunyai peranan yang penting dalam mengekalkan masa yang tepat di seluruh dunia. Ia menggabungkan, menganalisis, dan mepmuratakan piawaian masa atom rasmi negara-negara anggota di seluruh dunia untuk mencipta satu Waktu Universal Selaras (UTC) yang seragam dan rasmi.[4]
^"Directors of the BIPM since 1875" [Pengarah BIPM sejak tahun 1875] (dalam bahasa Inggeris). Bureau International des Poids et Mesures. 2011. Dicapai pada 30 September 2012.