Bobby Gonzales (lahir pada 15 Februari 1984) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang berasal dari Sabah.[4] Terkini, beliau bermain untuk pasukan Perak dalam Liga Super Malaysia sebagai penyerang. Dia pernah mewakili Malaysia pada kejohanan Sekolah-Sekolah Asia pada tahun 2001.
Kerjaya bola sepak
Sabah FA
Bobby memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Sabah. Dia membuat penampilan sulung dalam perlawanan menentang Terengganu pada 2003.[5] Dia juga bermain pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2003.
Pada musim 2007/08, Bobby muncul selaku penjaring terbanyak Sabah bersama-sama dengan André Scotti Ossemer dengan 13 gol.[6]
Brunei DPMM FC
Pada musim 2009, Bobby berhijrah ke Brunei dan menyertai DPMM Brunei.[7] Tetapi DPMM terpaksa menarik diri dari saingan liga.
KL PLUS FC
Dia kemudian ditawarkan kontrak oleh KL PLUS.[8]. Dia membuat penampilan sulung bersama KL PLUS dalam perlawanan menentang Terengganu dan menjaringkan gol pertamanya buat KL PLUS dalam jarak 25 meter.[9] Namun akibat kecederaan, Bobby terpaksa berehat panjang dan hanya kembali semasa kejohanan Piala Malaysia 2009.
Sabah FA
Setelah kontraknya tamat dengan KL Plus, Bobby kembali bermain untuk Sabah dalam Liga Perdana Malaysia 2010. Dia digugurkan dari skuad Sabah setelah liga tamat.[10]
Sarawak FA
Dia menyertai Sarawak untuk Liga Perdana Malaysia 2011.[11]
Dari Sarawak FA ke Sabah FA
Pada musim 2012, Bobby telah menyertai semula pasukan Sabah FA.
Kembali ke Sarawak FA
Bobby kembali semula ke Sarawak FA pada tahun 2013.
PDRM FA
Selepas dilepaskan oleh Sarawak FA pada akhir tahun 2013, Bobby menyertai PDRM FA dengan kontrak setahun.[12]
Perak FA
Bobby menyertai Perak FA dengan kontrak selama setahun dan akan beraksi di Liga Super Malaysia 2015.
Pencapaian
Pasukan
- Sarawak FA
Rujukan