Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

CD-ROM

CD-ROM atau nama penuhnya compact disk read-only memory (ingatan baca sahaja cakera padat) ialah sejenis cakera padat yang menyimpan data yang boleh dibaca oleh komputer. Pada asasnya pemacu cakera padat boleh membaca data yang terkandung di dalam sesebuah cakera padat. Kini, dengan teknologi terbaru pemacu cakera padat bukan sahaja boleh membaca malah ia juga boleh merekodkan data ke dalam cakera padat melalui teknologi laser.

CD-R

Penyimpanan Data

Data boleh disimpan melalui 2 kaedah, kaedah kekal (rewritable) dan kaedah bolehubah (recordable). Kaedah kekal hanya membolehkan sesuatu data direkod hanya sekali secara kekal ke atas cakera padat dan data tersebut tidak boleh dipadamkan langsung. Manakala kaedah bolehubah membenarkan data direkod dan dipadam mengikut kepada keperluan pengguna. Pemacu cakera padat terdiri daripada 3 jenis:

  1. . Pemacu cakera padat yang hanya boleh membaca data (CD-ROM),
  2. . cakera padat yang boleh merekod sekali dan membaca memori (CD-R) dan
  3. . cakera padat yang boleh merekod serta memadamkan memori berkali-kali mengikut keperluan pengguna dan membaca memori (CD-RW).

Pautan Luar

Kembali kehalaman sebelumnya