Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Carta pai

Carta pai contoh yang menunjukkan taburan kekayaan di Singapura, 2017.[1]

Carta pai adalah sebuah carta berbentuk bulatan yang dibahagikan kepada hirisan-hirisan untuk menggambarkan proporsi numerikal. Dalam sebuah carta pai, panjang arka setiap hirisan (dan dengan itu, sudut pusat dan luas), bekadar dengan kuatiti yang diwakili. Meskipun carta ini diberi nama karena kemiripannya dengan pai yang telah dihiris, terdapat variasi-variasi dalam cara gambaran. Carta pai terawal yang diketahui umumnya dipercayai terdapat pada Statistical Breviary karya William Playfair pada 1801.[2][3]

Carta pai sangat banyak digunakan dalam alam pekerjaan dan media massa.[4] Walau bagaimanapun, carta ini telah dikritik,[5] dan banyak ahli menyarankan untuk menghindarinya,[6][7][8][9] kerana kajian telah menunjukkan bahawa sukar untuk membandingkan bahagian-bahagian yang berbeza dalam satu carta pai tertentu, serta dalam perbandingan data dalam kalangan carta pai berbeza. Carta pai boleh diganti dalam banyak hal dengan rajah lain seperti carta palang, carta batang-dan-daun dan plot titik.

Sejarah

Carta pai terawal yang diketahui umumnya dipercayai terdapat pada Statistical Breviary karya William Playfair tahun 1801, di mana dua carta seperti itu digunakan.[2][3][10] Playfair menyajikan sebuah ilustrasi, yang berisi serangkai carta pai. Salah satu carta-carta ini menggambarkan luas Empayar Uthmaniyah yang terletak di Asia, Eropah, dan Afrika sebelum 1789. Penemuan ini tidak banyak digunakan pada awalnya.[2]

Jurutera Perancis Charles Joseph Minard merupakan salah satu yang ahli pertama menggunakan carta pai pada 1858, khususnya dalam peta. Peta Minard pada 1858 menggunakan carta pai untuk menggambarkan jumlah ternakan yang dikirim dari seluruh Perancis bagi mengisi keperluan di Paris (1858).

Playfair berpendapat bahawa carta pai memerlukan suatu dimensi ketiga untuk menambahkan makulmat tambahan.[11] Dikatakan bahwa Florence Nightingale menemukannya, meski sebenarnya beliau hanya memasyhurkannya dan kemudian dianggap sebagai pencipta pai sebegitu oleh kerana ketidakjelasan karya Playfair.[12]

Isu keberkesanan

Kelemahan yang ada pada carta pai ialah ia tidak boleh menunjukkan lebih daripada beberapa nilai tanpa memisahkan pengekodan visual ("hirisan") daripada data yang diwakilinya (biasanya peratusan). Apabila kepingan menjadi terlalu kecil, carta pai perlu bergantung pada warna, tekstur atau anak panah supaya pembaca dapat memahaminya. Ini menjadikan carta pai tidak sesuai lagi bagi jumlah data yang lebih besar. Carta pai juga menggunakan jumlah ruang yang lebih besar pada halaman berbanding dengan carta bar yang lebih fleksibel, yang tidak perlu mempunyai legenda yang berasingan dan boleh memaparkan nilai lain seperti purata atau sasaran pada masa yang sama.[8]

Ahli-ahli statistik secara amnya menganggap carta pai sebagai kaedah yang lemah untuk memaparkan maklumat, dan jarang digunakan dalam kesusasteraan saintifik. Salah satu sebabnya ialah carta pai lebih sukar untuk dibuat perbandingan antara saiz item dalam carta apabila luas digunakan dan bukannya panjang arka, dan apabila item yang berbeza ditunjukkan dalam bentuk yang berbeza.[13]

Rujukan

  1. ^ "Global wealth databook 2017" (PDF). Credit Suisse (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-16.
  2. ^ a b c Spence (2005)
  3. ^ a b Tufte, m/s. 44
  4. ^ Cleveland, m/s. 262
  5. ^ Wilkinson, m/s. 23.
  6. ^ Tufte, m/s. 178.
  7. ^ van Belle, m/s. 160–162.
  8. ^ a b Stephen Few. "Save the Pies for Dessert", August 2007, Retrieved 2010-02-02
  9. ^ Steve Fenton "Pie Charts Are Bad"
  10. ^ Milestones in the History of Thematic Cartography, Statistical Graphics, and Data Visualization
  11. ^ Palsky, m/s. 144–145
  12. ^ Dave article on this information on QI
  13. ^ Krygier, John (28 Ogos 2007). "Perceptual Scaling of Map Symbols". makingmaps.net. Dicapai pada 3 Mei 2015.
Kembali kehalaman sebelumnya