Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Cemburu Seorang Perempuan

Cemburu Seorang Perempuan
GenreDrama
Konflik
Thriller
Berdasarkan daripada
Cemburu Seorang Perempuan (novel)
karya Siti Hazneza
PenciptaSiti Hazneza Abdul Hamid
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Amyra Rosli
Amar Baharin
Emma Maembong
Lagu pembukaan"Meluruh" nyanyian Datin Alyah
Lagu penutup"Meluruh" nyanyian Datin Alyah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Dato' Ramly
Zetty Adila Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal
Siaran asal29 Oktober 2019 – 25 November 2019
Kronologi
Diikuti olehRindu Yang Terlarang

Cemburu Seorang Perempuan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Eyra Rahman, dibintangi oleh Amyra Rosli, Amar Baharin dan Emma Maembong. Drama ini ditayangkan pada 29 Oktober 2019 di Astro Ria. [1]

Sinopsis

Zikri (Amar Baharin) dan Dhiya (Amyra Rosli) berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri sangat tidak menyenangi hubungan tersebut kerana Dhiya berasal dari keluarga sederhana. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin dengan Emilia (Emma Maembong). Hidup mereka bahagia tetapi setelah Emilia hamil anak pertama mereka, namun Emilia kemudian mengalami keguguran. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang. Namun Emilia menyuruh agar Dhiya merahsiakan perjanjian tersebut daripada pengetahuan keluarganya.

Bagaimanapun, anak pertama yang dilahirkan Dhiya mengalami kecacatan dan Emilia tidak dapat menerima keadaan bayi tersebut lalu memaksa Dhiya mengandung sekali lagi. Bermula kelahiran anak kedua Dhiya dan Zikri membuatkan emosi Emilia menjadi semakin tidak stabil dan mulai mendendami madunya itu. Ditambah lagi dengan hasutan kakaknya, Nad (Sabrina Ali) yang selama ini dalam diam sentiasa menyimpan perasaan iri hati akan kebahagiaan adiknya itu. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta tiga segi diantara Dhiya, Zikri dan Emilia? Berjayakah Emilia mengawal emosi dan perasaan cemburunya terhadap Dhiya?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon tambahan

Muzik dan runut bunyi

No.TajukArtisMasa
1."Meluruh"Alyah04:02
2."Aku Bukan Malaikat"Dato' Sri Siti Nurhaliza04:06
3."Tahajjud Cinta"Dato' Sri Siti Nurhaliza05:12
4."Kau Gadis"Katahati03:02
5."Tak Akan Pernah Jauh"Katahati03:53
6."Wahai Kekasih"Katahati03:56
7."Lara Lagi"Adira04:40
8."Sahabat"Najwa Latiff feat. Sleeq & Syamkamarul03:08
9."Jadikan Aku Yang Halal"Zulin Aziz & Iqa Nasra04:13
10."Engkau (Sahabat)"Eenaz Mokhtar
Jumlah masa: -:--


Rujukan

  1. ^ "Drama Cemburu Seorang Perempuan". MyInfoTaip.com. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
Kembali kehalaman sebelumnya