* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:34, 26 Mei 2015 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 07:52, 28 Januari 2015 (UTC)
Kouyaté berpindah dari Senegal ke Belgium pada tahun 2006 selepas ditawarkan kontrak belia di Brussels. Selepas menembusi skuad utama, dia hanya membuat sepuluh penampilan sebelum berpindah ke Anderlecht ketika berumur 19 tahun. Pada bulan Jun 2014, dia menyertai West Ham United. Dia mewakili negaranya ketika Sukan Olimpik 2012.
Karier
Awal karier
Kouyaté memulakan karier bola sepaknya pada tahun 1996 di tempat asalnya bersama ASC Yego Dakar dan telah dicari bakat oleh Brussels pada bulan September 2006. Brussels kemudiannya menandatangani pemain itu pada bulan Januari tahun berikutnya.[2] Dia kemudiannya membuat sepuluh penampilan liga untuk pasukan utama diantara tahun 2007 dan 2008.[3]
Anderlecht
Selepas Kouyaté berumur 19 tahun, dia meninggalkan Brussels selepas kelab itu tidak membayarnya tiga bulan gaji dan berpindah ke Anderlecht dengan perjanjian empat tahun.[4] Dia kemudiannya membuat 143 penampilan liga untuk Anderlecht, menjaringkan empat gol dalam lima musim di kelab itu. Dia memenangi empat kejuaraan liga bersama kelab itu pada musim 2009-10, 2011–12, 2012–13 dan 2013–14. Dia juga memenangi Piala Super Belgium pada musim 2010–11, 2012–13 dan 2013–14.[3][5]
West Ham United
2014–2015
Pada 18 Jun 2014, Kouyaté menyertai West Ham United dengan kontrak empat tahun.[6] Kouyaté membuat penampilan sulungnya untuk West Ham pada 16 Ogos 2014 ketika kekalahan 1–0 kepada Tottenham Hotspur. Pada 28 Disember, Kouyaté menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham ketika kekalahan 1–2 kepada Arsenal.[7] Gol keduanya musim itu datang pada 8 Februari 2015 ketika seri 1–1 dengan Manchester United. Dia kemudiannya menjaringkan dua lagi gol musim itu ketika seri 2–2 dengan Tottenham Hotspur dan ketika kekalahan 2–1 kepada Leicester City.[8][9] Kouyaté mengakhiri musim itu dengan bermain 31 daripada 38 perlawanan liga.[10]
Karier antarabangsa
Kouyaté dipanggil ketika berumur 18 tahun ke pasukan Senegal B-20 pada tahun yang sama dia membuat penampilan sulung untuk Brussels. Dia menjaringkan dua gol daripada tiga perlawanan untuk pasukan itu pada tahun 2007.
Pada bulan Februari 2012, Kouyaté dipanggil ke pasukan utama Senegal. Pada tahun yang sama, dia disenaraikan dalam pasukan Olimpik Senegal. Pada bulan Januari 2015, dia disenaraikan dalam skuad Senegal untuk Piala Negara-Negara Afrika 2015 di Equatorial Guinea.[11]