Damar Laut (Jawi: دامر لاءوتcode: ms is deprecated ) atau secara rasminya Pekan Damar Laut (Jawi: ڤكن دامر لاءوتcode: ms is deprecated ) ialah sebuah pekan kecil di Daerah Manjung dalam negeri Perak, Malaysia yang dimana berhampiran dengan Lumut dan Sitiawan.[1] Damar Laut terletak di tepi pantai, mengadap ke Selat Dinding dan Pulau Pangkor.[2]
Nama
Pokok Damar ialah nama sejenis pokok yang boleh mengeluarkan getah untuk menampal perahu bocor. Serbuk damar mestilah dicampur dan digaul dengan minyak tanah, bertukar warna menjadi hitam, likat dan liat, ditampal pada lubang atau selisih papan perahu yang bocor. Selisih papan itu hendaklah diselitkan dengan perca kain terlebih dahulu. Setelah itu, perahu tersebut disalai dan dicat.
Pengangkutan
Damar Laut dapat dicapai menggunakan laluan darat dan laluan air. Dengan menggunakan laluan air, seseorang haruslah melalui Jalan Lumut (atau Laluan Persekutuan Malaysia ) dari Sitiawan untuk mengambil perkhidmatan feri di Jeti Lumut yang mengambil masa 15 minit. Jika menggunakan laluan darat, perlulah menggunakan Laluan Persekutuan Malaysia .