Desa Timah Langat merupakan sebuah penempatan yang wujud sejak dari tahun 1976 hingga kini. Lokasinya terletak berhampiran sempadan Putrajaya di Presint 5 berdekatan bekas-bekas lombong lama di sekitar Dengkil dekat Sepang, Selangor. [1]
Sejarah
Desa Timah Langat diwujudkan oleh syarikat Timah Langat Berhad di atas tanah milik Kerajaan Negeri Selangor setelah syarikat itu mendapat hak pajakan bagi melaksakan aktiviti perlombongan bijih timah di Dengkil. Kemudahan kediaman pekerja (kuarters) disediakan kepada kakitangan berserta ahli keluarga mereka oleh pihak pengurusan syarikat berkenaan agar memudahkan ekses kepada para pekerjanya ke kawasan operasi perlombongan. Sebahagian bekas lombong Timah Langat Berhad iaitu yang berhadapan Desa Timah Langat kini dibangunkan semula menjadi UiTM Dengkil.
Timah Langat Berhad
Syarikat Timah Langat Berhad adalah syarikat yang pernah aktif dalam melombong bijih timah di Malaysia. Ia beroperasi disekitar Dengkil menggunakan dua kaedah perlombongan iaitu secara 'gravel pump' dan menggunakan kapal korek. Timah Langat Berhad memiliki/mengoperasikan sebuah korek dengan nama Sri Banting.
Sri Banting adalah kapal korek yang direka untuk beroperasi menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya yang diperolehi dari penyedia perkhidmatan utiliti TNB (sebelumnya LLN). Kabel elektrik disambung ke Sri Banting dengan cara ia diapungkan di atas permukaan air.
Pada tahun 1990, kos operasinya dari bil elektrik sahaja (tidak termasuk gaji kakitangan) menelan belanja RM140 ribu hingga RM150 ribu sebulan. Sri Banting memiliki 110 bucket yang digunakan untuk mengeruk ke dalam bumi sehingga kedalaman 25 meter bagi melombong bijih, yang mana setiap satu bucket bernilai RM10 ribu.[2]
Selain dari Timah Langat Berhad dengan sebuah kapak korek, terdapat syarikat seperti Selangor Dredging Berhad (2 kapal Korek), Petaling Tin Berhad (2 kapal Korek), Perangsang Rio Tinto Sdn Bhd (2 kapal Korek), Perangsang Tin Consolidated Berhad (1 kapal Korek), Conzinc Rio Tinto Malaysia Sdn Bhd (1 kapal korek) dan Kuala Langat Mining Sdn Bhd (1 kapal Korek) adalah antara syarikat perlombongan yang pernah beroperasi di lombong-lombong sekitar Dengkil dan Paya Indah (Kuala Langat Tin Field).
Lihat Juga
Rujukan