Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Dia Menantu Rahsia

Dia Menantu Rahsia
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Dia Menantu Rahsia
karya Indah Hairani
PenciptaIndah Hairani
Ditulis oleh
  • Faten Syamimie
  • N. Mardhiah
  • Rehal Nuharis
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kisah Cinta Kita" oleh Hafiz Suip
Lagu penutup"Kisah Cinta Kita" oleh Hafiz Suip
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifAriff Aziz
Mohd Fariz Che Aziz
PenerbitLt. Kol. Bersekutu (PA) Dato' A. Aida
Datin Sri Noraini Abdul Jalil
Penyunting
  • Chemoll (awal)
  • Salwaluddin Abu Jasman (awal)
  • Daniel Lee (akhir)
  • Amirsyahril Edwan Hj Amran (akhir)
Tempoh siaran40–41 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal29 Januari 2019 – 7 Mac 2019
Kronologi
MengikutiPujaan Hati Kanda
Diikuti olehAsalkan Dia Bahagia

Dia Menantu Rahsia merupakan siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Raysha Rizrose, Ashraf Muslim dan Syazuwan Hassan. Diadaptasi daripada novel 2015 dengan judul yang sama oleh Indah Hairani terbitan Buku Prima. Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 29 Januari 2019 hingga 7 Mac 2019 menggantikan drama Pujaan Hati Kanda.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3. Namun, Drama ini kembali ditayangkan di TV9 mulai 28 April sehingga 19 Jun 2020.[3]

Sinopsis

Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan ibu Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir yang merupakan pemilik Book Cafe tempat Melissa bekerja.

Syakir telah melamar Melissa kerana rasa terpanggil untuk melindungi Melissa dari terus menjadi mangsa kekasaran Zamer. Syakir juga tidak mahu fikirannya dibebani dengan permintaan ibunya, Puan Sarah yang inginkan dirinya menerima cinta Engku Kamelia. Lamaran daripada Syakir diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Mungkinkah wujud rasa bahagia dan cinta di hati mereka? Dapatkah kehadiran Melissa diterima dalam keluarga Syakir?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon undangan

Rujukan

  1. ^ Dia Menantu Rahsia Google Books. Dicapai pada 20 Januari 2019.
  2. ^ Drama Dia Menantu Rahsia My Infotaip (29 Januari 2019). Dicapai pada 28 Februari 2019.
  3. ^ Dia Menantu Rahsia (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 28 Mei 2019.
TV3: Akasia, Setiap Hari, 7:00 petang
Sebelumnya Dia Menantu Rahsia Berikutnya
Pujaan Hati Kanda Asalkan Dia Bahagia
Kembali kehalaman sebelumnya