Dinasti Chakri atau Wangsa Chakri nama rasmi penuhnya Rajawangsa Chakri (Bahasa Thai: ราชวงศ์จักรีcode: th is deprecated Ratchawong Chakkridisebut[râ:t.tɕʰá.woŋ.tɕàk.kri:](bantuan·info)) merupakan kerabat diraja yang kini memerintah Kerajaan Thailand. Ketua kerabat diraja ini juga merupakan raja negara Thai. Dinasti Chakri telah berkuasa sejak penubuhan Era Rattanakosin dan kota Bangkok pada 1782 setelah berakhirnya pemerintahan Raja Taksin dari Thonburi, apabila ibu negara Siam berpindah ke Bangkok.[1] Dinasti ini ditubuhkan oleh Raja Rama I, seorang panglima tentera Kerajaan Ayutthaya yang berketurunan kacuk Cina dan Mon.
Sebelum dinasti ini ditubuhkan, Raja Rama I memegang gelaran Chakri, sebuah gelaran untuk seorang pembesar atau kanselor awam (สมุหนายก Samunayok). Setelah baginda ditabalkan menjadi raja, baginda sendiri memilih nama "Chakri" untuk dinastinya. Jata kerajaan ditubuhkan baginda ini menggabungkan rupa senjata cakeramSudarshana dan serampang mata tiga Trisula masing-masing merupakan senjata dewa-dewa Wisnu dan Siwa, iaitu betara yang dipercayai rakyat Thai menjelma semula menjadi asal raja mereka.
Keluarga diraja Thailand
Keluarga diraja terkini merupakan keturunan Putera Mahidol Adulyadej dari Songkla (1891–1929) dan Srinagarindra (kemudiannya Bonda Permaisuri) (1900–95). Mereka menubuhkan Wangsa Mahidol (ราชสกุลมหิดล), sebuah cabang kadet Dinasti Chakri. Putera Mahidol merupakan anak kepada Raja Chulalongkorn dan permaisurinya Ratu Savang Vadhana. Putera ini juga merupakan saudara sebapa Raja Vajiravudh dan Raja Prajadhipok. Setelah kemangkatan Ananda Mahidol (anak sulung lelaki Putera Mahidol), Raja Bhumibol Adulyadej (anak bongsunya) menaiki takhta pada tahun 1946. Pada 1949, Bhumibol berkahwin dengan saudara pupunya, Mom Rajawongse Sirikit Kitiyakara (anak kepada Mom Chao Nakkhatra Mangkala Kitiyakara, cucu Raja Chulalongkorn). Bhumibol akan digantikan oleh puteranya, Vajiralongkorn, Putera Mahkota, pada lewat 2016.
Maha Uparat (มหาอุปราช) atau Krom Phrarajawang Bavorn Sathan Mongkol (Naib atau Raja Kedua Siam) (กรมพระราชวังบวรสถานมงคล) merupakan jawatan yang diberikan kepada putera yang berpangkat paling tinggi dalam kerajaan itu iaitu adinda atau anakanda lelaki raja. Sehingga 1885, setiap raja Chakri telah melantik seorang putera untuk memegang jawatan tersebut. Menurut adat, putera Uparat bakal mewarisi takhta kerajaan. Namun, hanya Putera Isarasundhorn yang berjaya menjadi raja melalui cara ini. Jawatan Uparat sangat berprestij dan statusnya setara dengan raja. Contohnya, Putera Chutami (adik Raja Mongkut) yang diangkat menjadi Naib Raja dan dikurniakan gelaran seperti seorang raja. Jawatan Uparat dimansuhkan oleh Raja Chulalongkorn setelah naibnya, Putera Bovorn Vichaicharn mangkat. Baginda kemudian mengangkat anakandanya yang sulung sebagai Putera Mahkota Siam dan bukan lagi Uparat. [2]
Krom Phrarajawang Boworn Sathan Phimuk (กรมพระราชวังบวรสถานพิมุข) atau Rear Palace, merupakan jawatan yang diwarisi daripada Kerajaan Ayutthaya. Namun sejak penubuhan Dinasti Chakri hanya terdapat satu sahaja pemegang jawatan ini iaitu Putera Anurak Devesh, anak saudara Raja Buddha Yodfa Chualoke pada 1785.
Potret
Nama
Lahir
Perlantikan
Mangkat
Anak
Raja (Hubungan dengan raja)
Chaofa Krom Phra Anurak Devesh Krom Phra Rajawang Boworn Sathan Phimuk
28 Mac 1746
1785
20 Disember 1806 Bangkok, Siam 60 tahun (Jawatan dimansuhkan)
35 anak
Raja Rama I (Anakanda saudara raja)
Putera Mahkota
Putera Mahkota Thailand atau Sayam Makutrajakuman (สยามมกุฎราชกุมาร) merupakan jawatan yang dipegang oleh anakanda raja yang bakal mewarisi takhta. Jawatan ini dicipta pada tahun 1886 setelah Raja Chulalongkorn melantik anakanda sulungnya, Putera Vajirunhis. Hanya ada 3 orang putera yang memegang jawatan ini sejak pelantikan Vajirunhis. Putera Mahkota yang terkini ialah Maha Vajiralongkorn yang memegang jawatan ini sejak 1972. Hal ehwal mewarisi takhta ditentukan oleh Rang Undang-undang Pewarisan Takhta 1924 yang diluluskan oleh Raja Vajiravudh.