Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Durmstrang

Lokasi dalam Harry Potter
Durmstrang
Lokasi Utara Eropah
Ketua Igor Karkaroff[HP4]
Penduduk Tetap
Kemunculan pertama dalam Harry Potter disebut Harry Potter dalam Piala Api

Institut Pembelajaran Sihir Durmstrang atau singkatannya Durmstrang merupakan sebuah sekolah rekaan dalam dunia Harry Potter. Sekolah ini telah wujud sekurang-kurangnya 700 apabila mereka mula menyertai Kejohanan Ahli Sihir Trio. Dumbledore mengalu-alukan kedatangan pelajar Durmstrang sebagai "sahabat kita dari utara." Pelajar Durmstrang memakai bulu tebal dengan jubah berwarna merah darah.

Durmstrang diketahui sebagai tempat yang menggunakan pendekatan pelajaran Ilmu Hitam. Sementara sekolah lain mengehadkannya sebagai pelajaran Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, pelajar Durmstrang benar-benart mepelajarinya. Krum menerangkan bahawa pelajaran tentang ilmu hitam adalah perlu untuk mengetahui cara mempertahankannya. Dalam Harry Potter and the Deathly Hallows, diketahui bahawa ahli sihir jahat Gellert Grindelwald pernah bersekolah di Durmstrang sebelum dibuang kerana meneroka ilmu hitam terlalu mendalam.

Nama "Durmstrang" seolah-olah berkaitan dengan frasa Jerman, Sturm und Drang.[1][2][3][4][5]

Rujukan

  1. ^ Boyle, Fionna (2004). A Muggle's Guide to the Wizarding World: Exploring The Harry Potter Universe. ECW Press. m/s. 203. ISBN 155022655X.
  2. ^ Kirk, Connie Ann (2003). J.K. Rowling: A Biography. Greenwood Press. m/s. 88. ISBN 0313322058.
  3. ^ Knapp, Robbin D. (2005). German English Words: A Popular Dictionary of German Words Used in English. Lulu.com. m/s. 105. ISBN 1411658957.
  4. ^ Colbert, David (2005). The Hidden Myths in Harry Potter: Spellbinding Map and Book of Secrets. St. Martin's Griffin. m/s. 19. ISBN 0312340508.
  5. ^ Whited, Lana A. (2002). The Ivory Tower and Harry Potter: Perspectives on a Literary Phenomenon. University of Missouri Press. m/s. 23. ISBN 0826215491.

Lihat juga

Kembali kehalaman sebelumnya