Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Edisi Siasat

Logo Edisi Siasat yang digunakan media sosial seperti Telegram, Twitter dan Facebook.

Edisi Siasat (Jawi: ايديسي سياست), atau dikenali sebagai ES, ialah sebuah entiti, aktivis dan akaun media sosial Malaysia yang kini aktif di dalam aplikasi Telegram, Twitter[nota 1] dan Facebook.[nota 2] Entiti ini mendedahkan salah laku, salah guna kuasa dan korupsi yang dibuat oleh penjawat awam di Malaysia tidak kira dari yang berjawatan tinggi mahupun berjawatan rendah. Entiti ini sudahpun dikenali di Malaysia, terutamanya rakyat biasa.

Antara badan kerajaan yang menjadi sasaran Edisi Siasat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM),[1] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Peguam Negara Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebagainya. Edisi Siasat juga lantang mengkritik parti dan ahli politik tidak kira dari Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

Sejarah

Edisi Siasat mula dikenali pada tahun 2020 setelah banyak membuat pendedahan kepada orang ramai tentang Skandal daging import Malaysia 2020 sehingga menarik perhatian pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Identiti

Datuk Seri Haji Muhammad Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Identiti Edisi Siasat sedang giat disiasat dan dicari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Walau bagaimanapun, pemilik sebenar masih belum diketahui atau ditangkap oleh PDRM sehingga hari ini. Terdapat spekulasi bahawa laman The Corporate Secret sebagai pemilik Edisi Siasat, namun telah dinafikan.[2] Mohd Rafizi Ramli juga dikatakan sebagai salah satu pemegang akaun Edisi Siasat, tetapi telah dinafikan oleh Edisi Siasat sendiri di dalam akaun Telegramnya. Spekulasi lain termasuklah pemilik Edisi Siasat merupakan seorang pegawai tinggi polis di Bukit Aman, namun tiada bukti yang dapat menyokong kenyataan ini. Ciri-ciri pemilik akaun Edisi Siasat ini yang dapat dikenal pasti termasuklah entiti ini merupakan penyokong tegar Perdana Menteri ke-7, Najib Razak dan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dalam skandal 1MDB.

Pada tahun 2022, pakar keselamatan siber Siraj Jalil berkata, pemilik Edisi Siasat sukar dikesan memandangkan entiti ini berada di luar negara atau di Malaysia dan menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) untuk menyembunyikan lokasi. VPN membenarkan pengguna menyembunyikan alamat Protokol Internet (IP) bagi menghalang sesiapa daripada menjejaki lokasi mereka. Akaun Twitter yang menukar namanya kepada Edisi Khas baru-baru ini, menimbulkan kekecohan susulan beberapa hantarannya membabitkan pegawai tertinggi kerajaan, termasuk dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).[3]

Tuduhan, dakwaan dan kritikan

JPJandora Papers

Edisi Siasat telah membuat tuduhan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Kementerian Pengangkutan Malaysia bahawa di mana nombor-nombor klasik kenderaan bernilai tinggi telah dipunggah keluar, didaftarkan hak milik dan ada yang telah dijual dengan harga yang amat lumayan. Edisi Siasat dalam file pdf yang diedarkan ke dalam akaun media sosial Telegramnya juga berkata bahawa pegawai badan awam atau anggota pentadbiran kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menafikan wujud sebarang kepentingan dalam penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan salah laku di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pasukan petugas khas yang turut dianggotai Ketua Pengarah JPJ itu ditubuhkan bagi memperoleh akses siasatan lebih menyeluruh. "Sudah mesti (pasukan itu) dianggotai JPJ. Sebab Ketua Pengarah JPJ sekarang baru. Jadi dia sebut (pihak mendakwa) isu itu adalah dari 2016, jadi Ketua Pengarah tidak ada kepentingan. Sebab itu perlu ada pembabitan JPJ. Sebab dia memerlukan akses kepada maklumat daftar dan sebagainya. Kalau tiada pembabitan Ketua Pengarah JPJ bagaimana dia boleh akses maklumat," kata beliau pada sidang media sempena Persidangan Parti DAP 2023.[4] Kementerian Pengangkutan diarah menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan salah laku di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pasukan petugas khas yang akan dianggotai Unit Integriti kementerian itu diamanahkan menyiasat dakwaan salah laku yang dibuat saluran Telegram Edisi Siasat. Beliau berkata, perkara itu dibangkitkannya dalam mesyuarat pasca Jemaah Menteri hari ini susulan pendedahan dokumen dikenali sebagai JPJandora Papers.[5]

Penyeludupan barang-barang terlarang di Forest City, Johor

Edisi Siasat telah banyak kali melemparkan tuduhan bahawa terdapat banyak penyeludupan barang-barang terlarang daripada Forest City, Gelang Patah, Johor, Malaysia termasuklah arak dan rokok.[6][7] Sindiket ini juga mendapat perlindungan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tambahan pula, terdapat pegawai-pegawai tinggi JKDM dan PDRM yang terlibat secara langsung dengan sindiket ini dan mendapat habuan ratusan ribu ringgit (RM) pada tiap-tiap bulan. Sindiket ini sudah mendapat liputan sejak 2021 dan mendapat perhatian pihak PDRM Daerah Iskandar Puteri,[8] namun sehingga kini masih tiada tangkapan yang dibuat.

Penggunaan dana RM700 juta bagi tujuan publisiti Keluarga Malaysia

Edisi Siasat telah mendedahkan cadangan Pelan Komunikasi Strategik Kerajaan Malaysia "Keluarga Malaysia" yang bernilai hampir RM700 juta ketika pentadbiran Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.[9] Dokumen-dokumen yang telah didedahkan di akaun Telegramnya juga telah menunjukkan bahawa terdapat dakwaan rasuah dalam kontrak berkaitan kegiatan promosi konsep "Keluarga Malaysia" yang diperkenalkan Ismail pada Ogos 2021.[10] SPRM telah memulakan siasatan terhadap dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob. Bernama pula melaporkan pegawai SPRM juga ke Kementerian Kewangan bagi mendapatkan bahan bukti. Salah seorang yang disiasat adalah bekas perdana menteri era 'Keluarga Malaysia', Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan siasatan ini berkaitan dakwaan rasuah dalam penganugerahan kontrak untuk papan iklan 'Keluarga Malaysia' dan bahan kempen yang lain. Selain ahli parlimen Bera itu, beberapa bekas pegawainya turut disiasat, termasuk seorang pembantu Ismail yang dilantik secara politik ke jawatan kanan di Pejabat Perdana Menteri pada masa itu dan siasatan ini dibuat di bawah Akta SPRM 2009.

Sambungan kontrak Azam Baki sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM

Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Edisi Siasat telah menjangkakan bahawa Azam Baki akan disambung kontraknya sebagai Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama setahun lagi oleh Kerajaan Malaysia. Pada awalnya, tuduhan ini ditolak memandangkan Azam sudah berusia 61 tahun pada tarikh 12 Mei 2024.[nota 3] Walau bagaimanapun, pada 10 Mei, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengesahkan bahawa perkara yang memaklumkan lantikan semula itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. “Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694], Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun berkuat kuasa mulai 12 Mei,” katanya dalam kenyataan media.[11] Tambahan pula, Azam juga menegaskan bahawa beliau akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh integriti.[12]

Serangan asid terhadap Faisal Halim

"Bila ada yang menyebut kononnya ada pembabitan pihak istana dalam kes ini, ini adalah benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku disebabkan kita (polis) sendiri belum dapat motif sebenar. JSJ juga masih lagi sedang bertungkus-lumus ke arah perkara itu dan petang tadi Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sendiri sudah turun ke lokasi kejadian serangan terhadap Faizal di Damansara. Sekarang ini pihak tidak bertanggungjawab termasuk laman telegram Edisi Siasat (ES) seolah-olah sudah menyelesaikan dan menjatuhkan hukuman sendiri dengan membuat spekulasi dan fitnah yang dia dapat daripada mana pun kami tidak tahu."

Tan Sri Razarudin Husain, 9 Mei 2024

Pada 7 Mei 2024, pemain bola sepak Selangor, Faisal Halim disimbah asid oleh seorang suspek di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Beliau yang mengerang kesakitan kemudiannya dibantu oleh dua orang rakan dan isterinya. Keadaan ini menyebabkan beliau menderita kelecuran tahap empat dan perlu menjalani beberapa siri pemebedahan selepas ini. Bagaimanapun, suspek tersebut telah ditangkap oleh pihak polis. Menurut beberapa saksi, suspek sempat mengucapkan "Selamat maju jaya" kepada Faisal sebelum menyimbah asid.[13] Insiden ini berlaku beberapa hari selepas rakan sepasukan kebangsaannya Akhyar Rashid disamun di kediamannya. Beliau cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Icon Residence, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.[14] Edisi Siasat dalam akaun Telegramnya menuduh bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi dalang di sebalik serangan ini. Edisi Siasat mengatakan bahawa terdapat arahan daripada Tunku Ismail untuk menyerang pemain bola tersebut. Tambahan pula, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah bertungkus lumus untuk menutup kes tersebut. Laporan polis yang dibuat berkenaan perkara ini juga telah dikelaskan sebagai sulit.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menyangkal dakwaan yang ditimbulkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab dalam media sosial yang seolah-olah sudah mengetahui motif kejadian itu dengan fitnah yang tidak benar dan tidak berasas.[15][16]

Pada 23 Mei 2024, tular rakaman video berdurasi 56 saat yang dikongsi oleh akaun Telegram Edisi Siasat dan sebilangan pengguna X[nota 4] kira-kira jam 11 pagi hari ini. Rakaman video itu menunjukkan detik-detik pemain bola tersebut disimbah asid oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.[17][18][19][20] Edisi Siasat juga menjelaskan bahawa kronologi yang diberikan oleh pihak polis dan media selepas kejadian tersebut tidak sama dengan apa yang berlaku dalam rakaman video tersebut. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan juga mengesahkan ketulenan video yang tersebar itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.[21][22] Beberapa jam kemudian, Datuk Hussein Omar Khan mengeluarkan kenyataan bahawa pihak PDRM akan memulakan siasatan bagi mencari penyebar video CCTV tersebut dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana berlaku pendedahan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau juga menambah bahawa video itu merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan pihak PDRM akan mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana pihak yang menyebarkan video tersebut.[23][24][25][26]

Serangan pegawai peribadi TMJ terhadap orang awam

Bendera Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

Pada 29 Mei 2024, Edisi Siasat mendedahkan butiran laporan polis pada jam 8:15 pagi[nota 5] yang dibuat seorang orang kelainan upaya (OKU)[nota 6] yang juga merupakan pemandu teksi berkenaan serangan yang dibuat oleh pegawai peribadi seorang anak Sultan (VVIP). Laporan polis tersebut dibuat pada 28 Mei 2024 pada jam 1 petang. Pegawai peripadi tersebut milik Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Pemangku Sultan Johor. Menurut laporan polis tersebut, terdapat rombongan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang bergerak keluar dari lobi Hotel St. Regis, Kuala Lumpur, namun seorang pemandu teksi didapati berada di tersebut untuk menunggu 4 penumpang. Pemandu teksi itu dikatakan menghalang lalu lintas rombongan TMJ. Seorang pegawai pengiring TMJ menyuruh beliau memindahkan kenderaan dengan mengetuk cermin kereta hadapan dan menumbuk kepala pemandu tersebut. Beliau kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada hari yang sama. Beliau telah mendapat rawatan awal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan mengalami soft tissue ingury oleh Dr. Koshini Saundaraju di Jabatan Kecemasan dan Trauma, HKL. Beliau dikenali sebagai Ong Ing Keong, seorang OKU berumur 46 tahun dan berbangsa cina. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dialam satu sidang media berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan. Menurutnya, laporan itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.[27][28][29][30][31][32]

Walau bagaimanapun, pada hari yang sama, satu laporan polis dibuat oleh pemandu teksi tersebut pada hari yang sama jam 9:59 malam untuk menarik balik laporan yang telah dibuat sebelum ini. Beliau mengulas lanjut bahawa beliau menarik balik laporan polis yang dibuat kerana beliau telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes. Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.[33][34][35]

Pada 30 Mei 2024, terdapat dakwaan bahawa wakil kepada pembantu peribadi TMJ berjumpa dengan pemandu teksi tersebut dan membayar RM800 untuk menutup kes tersebut. Pemandu teksi pada awalnya meminta RM1000, namun mereka berbincang sehingga kedua-duanya bersetuju pada bayaran RM800. Jika pemandu teksi terbabit gagal menarik laporan yang dibuat, telefon bimbit beliau akan dirampas. Beliau juga ditawarkan bayaran balik penuh pada rawatan kecederaan di HKL. Berasa tertekan dengan desakan yang dibuat, beliau bersetuju untuk terpaksa menarik balik laporan yang dibuat sebelum ini.[36][37][38]

Pembunuhan Zayn Rayyan

Pada 6 Disember 2023, seorang kanak-kanak autisme berumur enam tahun, Zayn Rayyan bin Abdul Matiin, disahkan hilang di kawasan Damansara Damai, Damansara, Selangor, Malaysia. Melalui pencarian, kanak-kanak tersebut ditemui maut di kawasan berdekatan, dan kemudiannya disahkan mati dibunuh oleh PDRM. Pada 14 Jun 2024 jam 7:16 malam, Edisi Siasat telah mendedahkan satu laporan yang didakwa sebagai kertas siasatan PDRM dalam kes pembunuhan tersebut. Terdapat lima gambar yang menerangkan secara menyeluruh tentang kes pembunuhan anak autisme ini. Melalui laporan ini, jelas bahawa ibu bapa kanak-kanak tersebut, Zaim Ikhwan bin Zahari (B1) dan Ismanira binti Abdul Manaf (B2) merupakan suspek utama dalam pembunuhan tersebut. Hantaran Edisi Siasat tersebut mendapat lebih 500,000 tontonan.[nota 7] Edisi Siasat juga menuduh Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai seorang yang membuat kesilapan besar dalam siasatan tersebut kerana tidak memberikan kebenaran kepada pasukan siasatan untuk menangkap ibu bapa kanak-kanak berkenaan pada hari kejadian dan selepas mayat ditemui kerana takut akan dikecam warganet. Hal ini kerana ibu bapa kanak-kanak berkenaan mempunyai masa untuk melupuskan semua bahan bukti bagi kes pembunuhan tersebut. Rentetan pendedahan Edisi Siasat semalam, pada 14 Jun 2024, peguam ibu bapa tersebut tidak menolak kemungkinan meminta perlindungan tambahan daripada PDRM terhadap anak guamnya yang kini dibebaskan dengan jaminan.[39][40][41][42][43]

Siasatan

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia.

Pada 22 Oktober 2021, Edisi Siasat mendedahkan salah laku pelbagai agensi penguat kuasa termasuk tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mencuri wang tunai bernilai jutaan ringgit. Oleh itu, pihak polis sedang giat mengesan siapakah individu disebalik identiti dan akaun terbabit. Tambahan pula, pihak polis sudah pun meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pemilik akaun laman sosial terbabit.[44]

Pada 7 November 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mendapat 13 laporan polis dan sedia menyiasat entiti ini. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan bahawa polis sudah membuka 13 kertas siasatan bagi menyiasat berhubung perkata itu. Beliau menambah bahawa pihak polis sudah buka 13 kertas siasatan untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak yang berada di belakang Edisi Siasat.[45]

Pada 13 Januari 2022, pihak Polis Negeri Sembilan sedia menyiasat dan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan pemilik akaun Twitter, Edisi Siasat. Edisi Siasat mendakwa yang pihaknya terlibat dalam kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah lebih RM600,000 pada Mei 2020. Siasatan ini dijalankan mengikut Sekyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah. Semalam tular di laman Twitter mengenai pendedahan ‘Edisi Siasat’ berhubung satu laporan polis bertarikh 5 Mei 2020 yang dibuat seorang lelaki berhubung kehilangan wang tunai lebih RM600,000 miliknya ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.[46]

Pada 30 April 2023, Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menegaskan bahawa akaun Telegram bernama ‘Edisi Siasat’ menyebarkan info palsu dan meminta orang ramai supaya tidak terpedaya. Beliau juga menambah info-info yang disebarkan ini sengaja direka-reka pihak yang membenci Kerajaan Perpaduan.[47]

Kontroversi dan isu

Akaun disekat oleh Twitter

Tan Sri Tommy Thomas, Peguam Negara Malaysia.

Pada 20 Februari 2022, pihak Twitter telah mengantung akaun Edisi Siasat. Hal ini berlaku sehari selepas dakwaannya berhubung bekas Peguam Negara, Tommy Thomas membebaskan anak taikun Vincent Tan daripada tuduhan serius berkaitan dadah.[48][49][50] Akaun Twitter Edisi Siasat mendakwa walaupun anak lelaki Tan ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dengan kuantiti dadah sangat besar, Tommy Thomas mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Hantaran disekat oleh Telegram

Terdapat beberapa hantaran di akaun media sosial Telegram Edisi Siasat yang disekat. Arahan ini telah diberikan oleh Menteri Komunikasi Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil. Pihak pentadbiran Telgram telah memberikan kerjasama kepada beliau dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam isu keselamatan dalam talian seperti penipuan dan judi dalam talian dengan menurunkan kandungan atau saluran yang berkaitan.[51][52] Selepas pertemuan ini, sejumlah mesej dan hantaran telah disekat di dalam akaun Telegram Edisi Siasat yang berbunyi "This message couldn't be displayed on your device because it violates the Telegram Terms of Service". Sebelum ini, perkara ini tidak pernah berlaku kepada akaun Telegram ini memandangkan Telegram menghormati dan meraikan hak bersuara sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Nota

  1. ^ Sudah disekat oleh pihak Twitter.
  2. ^ Tidak aktif lagi sejak November 2023.
  3. ^ Penjawat awam di Malaysia perlu bersara daripada jawatannya pada umur 60 tahun.
  4. ^ Antara pengguna X terawal yang berkongsi video tersebut di akaun mereka ialah pengguna @OnefootballM, @pemain_ke_12, @MuhdFirdausAR dan @NeG0Ri9.
  5. ^ Butiran laporan polis yang didedahkan Edisi Siasat telah dipadam oleh pihak Telegram dan mesej tersebut kini tertulis "This message couldn't be displayed on your device because it violates the Telegram Terms of Service".
  6. ^ OKU pekak dan bisu.
  7. ^ Sehingga 14 Jun 2024 jam 12:00 tengah hari.

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ "How Is Edisi Siasat — The Malaysian Watchdog Account — Spreading on the Internet Like Wildfire?". Medium. 27 Oktober 2021. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  2. ^ "The Corporate Secret bukan Edisi Siasat". The Corporate Secret. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  3. ^ "Sukar kesan pemilik Twitter Edisi Siasat, kata pakar". Free Malaysia Today. 17 Februari 2022.
  4. ^ "MOT nafi wujud kepentingan dalam penubuhan pasukan khas siasat isu 'JPJandora Papers'". Berita Harian. 10 September 2023. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  5. ^ "Pasukan khas MOT siasat dakwaan 'JPJandora Papers'". Berita Harian. 8 September 2023. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  6. ^ "Forest City a smuggling hotspot [NSTTV]". Berita Harian. 5 Januari 2024. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  7. ^ "'Agents' touting to smuggle duty-free alcohol, cigarettes out of Malaysia's Forest City: Report". Berita Harian. 5 Januari 2024. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  8. ^ "Iskandar Puteri cops investigating alleged alcohol smuggling at Forest City". Berita Harian. 16 Mei 2021. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  9. ^ "RM62.7 juta projek Keluarga Malaysia, kini Pengarah SEPADU sambung kontrak kroni VFIVE Group 'Malaysia Madani' tanpa kelulusan PM?". The Corporate Secret. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  10. ^ "SPRM siasat dakwaan rasuah dalam kempen Keluarga Malaysia". Malaysia Kini. 2 Januari 2024. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  11. ^ "Kontrak Azam Baki sambung setahun lagi". Berita Harian. 10 Mei 2024. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  12. ^ "Saya akan laksana tanggungjawab penuh integriti – Azam". Kosmo. 10 Mei 2024. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  13. ^ "Suspek kes simbah asid Faisal Halim direman 2 hari - Semasa | mStar". www.mstar.com.my. 2024-05-06. Dicapai pada 2024-05-06.
  14. ^ "Faisal Halim disimbah asid | malaysiakini". www.malaysiakini.com/my. 2024-05-05. Dicapai pada 2024-05-06.
  15. ^ "Stop 'royal links' speculations behind attacks on footballers - IGP". Malaysia Kini. 9 Mei 2024. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  16. ^ "Serangan pemain bola sepak: Janganlah spekulasi sampai kaitkan istana - Razarudin". Berita Harian. 9 Mei 2024. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  17. ^ "[VIDEO] CCTV Faisal Halim disimbah asid tular di media sosial". Kosmo. 23 Mei 2024. Dicapai pada 23 Mei 2024.
  18. ^ "CCTV footage showing alleged acid attack on Faisal Halim goes viral". New Straits Times. 23 Mei 2024. Dicapai pada 23 Mei 2024.
  19. ^ "Klip CCTV didakwa serangan asid terhadap Faisal Halim tular di media sosial". Berita Harian. 23 Mei 2024. Dicapai pada 23 Mei 2024.
  20. ^ "Rakaman detik-detik Faisal Halim disimbah asid tersebar... Nampak kelibat pelaku 'standby' di sebalik deretan kereta". MStar. 23 Mei 2024. Dicapai pada 23 Mei 2024.
  21. ^ "Rakaman CCTV serangan asid ke atas Faisal tulen, polis akan keluar kenyataan". Harian Metro. 23 Mei 2024.
  22. ^ "Police confirm authenticity of CCTV footage showing acid attack on Faisal". New Straits Times. 23 Mei 2024.
  23. ^ "Police warn public not to share video of acid attack on footballer". The Star. 23 Mei 2024.
  24. ^ "Cops probing leaked CCTV footage of acid attack on Faisal". Free Malaysia Today. 23 Mei 2024.
  25. ^ "Polis cari penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid". Astro Awani. 23 Mei 2024.
  26. ^ "Polis S'gor kesan pihak sebar rakaman CCTV kes simbah asid Faisal Halim". Malaysia Kini. 23 Mei 2024.
  27. ^ "PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja". Astro Awani. 29 Mei 2024.
  28. ^ "Polis siasat dakwaan pengawal peribadi TMJ pukul OKU". Malaysia Kini. 29 Mei 2024.
  29. ^ "Polis siasat pegawai pengiring didakwa serang OKU". Malaysia Gazette. 29 Mei 2024.
  30. ^ "Polis sahkan terima laporan pengawal peribadi TMJ". Buletin TV3. 29 Mei 2024.
  31. ^ "Didakwa serang OKU, polis siasat pengiring TMJ". Majoriti. 29 Mei 2024.
  32. ^ "Dakwaan serang OKU, pengiring TMJ disiasat polis". Free Malaysia Today. 29 Mei 2024.
  33. ^ "Kes pengiring kerabat: Laporan kedua mangsa kata isu selesai". Malaysia Kini. 29 Mei 2024.
  34. ^ "Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL". Astro Awani. 29 Mei 2024.
  35. ^ "[VIDEO] Pengadu OKU tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi VVIP hanya salah faham — Polis KL". MAjoriti. 29 Mei 2024.
  36. ^ "Lelaki OKU 'dipukul' pengiring kenamaan setuju 'selesai' dengan RM800". Free Malaysia Today. 30 Mei 2024.
  37. ^ "Disabled man agreed to RM800 settlement over 'assault'". Free Malaysia Today. 30 Mei 2024.
  38. ^ "Disabled man agreed to RM800 settlement over assault by VVIP's escort". New Straits Times. 30 Mei 2024.
  39. ^ "Peguam pertimbang tuntut 'perlindungan tambahan' untuk ibu bapa Zayn". Malaysia Kini. 14 Jun 2024. Dicapai pada 14 Jun 2024.
  40. ^ "Laporan 'Edisi Siasat' Tular, Peguam Pertimbang Perlindungan Polis Tambahan Untuk Ibu Bapa Zayn Rayyan". Lobak Merah Official. 14 Jun 2024. Dicapai pada 14 Jun 2024.
  41. ^ "Leak forces lawyers to mull 'extra protection' for Zayn's parents". Malaysia Kini. 14 Jun 2024. Dicapai pada 14 Jun 2024.
  42. ^ "Zayn Rayyan murder: Parents' lawyers weigh extra police protection after whistleblower 'Edisi Siasat' leaks investigation papers". Malay Mail. 14 Jun 2024. Dicapai pada 14 Jun 2024.
  43. ^ "Lawyers may seek extra police protection for Zayn's parents". The Vibes. 14 Jun 2024. Dicapai pada 14 Jun 2024.
  44. ^ "PANAS: Dedah salah laku pihak berkausa, Edisi Siasat kini diburu polis". Cinca. 22 Oktober 2021. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  45. ^ "Polis terima 13 laporan terhadap Edisi Siasat". Harian Metro. 8 November 2021. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  46. ^ "Akaun Telegram Edisi Siasat sebar info palsu – Fahmi". Kosmo. 13 Januari 2022. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  47. ^ "Akaun Telegram Edisi Siasat sebar info palsu – Fahmi". Kosmo. 30 April 2023. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  48. ^ "Twitter Gantung Akaun 'Edisi Siasat'". Cinca. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  49. ^ "Akaun Twitter Edisi Siasat disekat". Free Malaysia Today. 21 Februari 2022. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  50. ^ "Akaun Twitter Edisi Siasat Digantung". Mynewshub. 20 Februari 2022. Dicapai pada 11 Mei 2024.
  51. ^ "Fahmi pleased with Telegram's cooperation in supervising platform". Free Malaysia Today. 10 Mac 2024. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  52. ^ "Pengendali Telegram beri kerjasama baik kawal selia platform - Fahmi". Sinar Harian. 10 Mac 2024. Dicapai pada 13 Mei 2024.

Read other articles:

В Википедии есть статьи о других людях с такой фамилией, см. Дыбенко. Павел Ефимович Дыбенко Дата рождения 28 февраля 1889(1889-02-28)[1][2] Место рождения село Людково, Новозыбковский уезд, Черниговская губерния, Российская империя Дата смерти 29 июля 1938(1938-07-29)[2][1 ...

 

Gesta Hungarorum juga dapat mengacu kepada Gesta Hunnorum et Hungarorum yang ditulis oleh Simon dari Kéza. Halaman pertama manuskrip dalam bahasa Latin. Gesta Hungarorum atau Tindakan-Tindakan Orang-Orang Hungaria adalah kronik pertama mengenai orang-orang Hungaria. Karya ini ditulis oleh seseorang tak bernama yang dijuluki Anonymus oleh para sejarawan. Karya ini kemungkinan besar ditulis pada abad ke-13. Gesta disimpan di Wina selama berabad-abad dan kini merupakan bagian dari koleksi Perpu...

 

This article relies excessively on references to primary sources. Please improve this article by adding secondary or tertiary sources. Find sources: American College of Medical Genetics and Genomics – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (August 2022) (Learn how and when to remove this template message) The American College of Medical Genetics and Genomics (ACMG) is an organization composed of biochemical, clinical, cytogenetic, medical and mole...

12. Junior Eurovision Song Contest Motto #Together (dt.: #Zusammen) Datum 15. November 2014 Austragungsland Malta Malta Austragungsort Malta Shipbuilding, Marsa Austragender Fernsehsender Moderation Moira Delia Eröffnungsact Flug über Malta, Tanz zum Song Together Pausenfüller Gaia Cauchi & Urban Dance Crew Teilnehmende Länder 16 Gewinner Italien Italien Erstmalige Teilnahme Italien ItalienMontenegro MontenegroSlowenien Slowenien Zurückkehrende Teilnehmer Bul...

 

رازغاه تقسيم إداري البلد إيران  إحداثيات 36°03′36″N 45°30′45″E / 36.06°N 45.5125°E / 36.06; 45.5125  السكان التعداد السكاني 173 نسمة (إحصاء 2016) تعديل مصدري - تعديل   رازغاه هي قرية في مقاطعة سردشت، إيران.[1] يقدر عدد سكانها بـ 173 نسمة بحسب إحصاء 2016.[2] مراجع ^ تعداد سكان جم

 

Este artículo o sección necesita referencias que aparezcan en una publicación acreditada.Este aviso fue puesto el 26 de julio de 2020. Ejemplo de automatización robótica de procesos. Robots articulados de 6 ejes de KUKA Una automatización robótica de procesos, o RPA (Robotic Process Automation), es una forma naciente de automatización de los procesos de negocio que replica las acciones de un ser humano interactuando con la interfaz de usuario de un sistema informático, liberándose d...

天富苑巴士總站Tin Fu Court Bus Terminus位置元朗區天華路天Town第2期底層地理坐标22°27′44.63″N 113°59′55.04″E / 22.4623972°N 113.9986222°E / 22.4623972; 113.9986222途经线路 作为首末站: 九巴269D、276B 作为中途站: 龍運巴士E37 换乘方式輕鐵頌富站(705、706、751、751P、761P)历史启用日期2000年11月10日相关信息途经道路天瑞路、天城路附近建筑T Town、天恩商場位置 天富苑...

 

Lanceros del Pantano de Vargas Autor Rodrigo Arenas Betancur y Guillermo González ZuletaCreación 1969Ubicación Paipa, BoyacáColombia ColombiaMaterial Bronce, acero y concretoDimensiones Altura: 33 mLongitud: 100 mAnchura: 30 mCoordenadas 5°44′15″N 73°04′30″O / 5.7375, -73.075[editar datos en Wikidata] Los Lanceros del Pantano de Vargas o Monumento a los Lanceros es un monumento del escultor colombiano Rodrigo Arenas Betancur ubicado en Paipa, depar...

 

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (مارس 2019) فرفرية غير قليلة الصفيحات معلومات عامة الاختصاص طب الجلد  من أنواع فرفرية  تعديل مصدري - تعديل   فرفرية غير قليلة الصفيحات[1] (بالإنجليزية: Nonthrombocytope...

For the town, see Lockhart River, Queensland. River in Queensland, AustraliaLockhartQuintell Beach, Lockhart RiverLocation of Lockhart river mouth in QueenslandEtymologyHugh LockhartLocationCountryAustraliaTerritoryQueenslandRegionFar North QueenslandPhysical characteristicsSourceChester Peak • locationChester Range, Cape York Peninsula, Australia • elevation46 m (151 ft) MouthLloyd Bay • locationCoral Sea, Australia •&...

 

Japan: Music Template‑class Japan portalThis template is within the scope of WikiProject Japan, a collaborative effort to improve the coverage of Japan-related articles on Wikipedia. If you would like to participate, please visit the project page, where you can join the project, participate in relevant discussions, and see lists of open tasks. Current time in Japan: 08:29, December 5, 2023 (JST, Reiwa 5) (Refresh)JapanWikipedia:WikiProject JapanTemplate:WikiProject JapanJapan-related artic...

 

Lebanon has the highest rate of Christians in the Middle East, where the percentage ranges between 39% and 40.5% of its population. (no official census has been made in Lebanon since 1932). The majority of these consists of the Maronite Church based in Beirut, an Eastern Catholic church in full communion with the Pope and the rest of the Catholic Church. Part of a series on theCatholic Church by country Africa Algeria Angola Benin Botswana Burkina Faso Burundi Cameroon Cape Verde Central Afri...

У Вікіпедії є статті про інших людей із прізвищем Беккер. Громадянство  НімеччинаМісце проживання Швиз,  ШвейцаріяДата народження 22 листопада 1967(1967-11-22) (56 років)Місце народження Лаймен, НімеччинаЗріст 190 смВага 85 кгПочаток кар'єри 1984Завершення кар'єри 30 червня ...

 

Indian Jain nun Ganini Pramukha Aryika ShriGyanmatiPersonalBornKumari Maina Devi Ji (1934-10-22) 22 October 1934 (age 89)[1]Barabanki district, Uttar PradeshReligionJainismParentsSh. Chotteylal Ji (father)Smt. Mohini Devi Ji (mother)SectDigambaraReligious career Disciples Aryika Chandanamti Initiation as Brahamcharini2 October 1952 (Sharad Purnima)Barabankiby Acharya DeshbhushanInitiation as Chullika1953 (Chait Krishna ekam)Websitehttp://jambudweep.org/Initiation as Ary...

 

ADSL-VDSL-FTTH modem and set-top box This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Freebox – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (January 2022) (Learn how and when to remove this template message) The Freebox is an ADSL-VDSL-FTTH modem and a set-top box that the French Internet service provider nam...

Former railway station in England CorshamSite of former station in 2007General informationLocationCorsham, County of WiltshireEnglandCoordinates51°25′31″N 2°11′21″W / 51.42535°N 2.18924°W / 51.42535; -2.18924Platforms2Other informationStatusDisused (reopening under study)HistoryOriginal companyGreat Western RailwayKey datesJune 1841Opened4 January 1965Closed Corsham railway station served the town of Corsham in Wiltshire, England, between 1841 and 1965. Fea...

 

Indian literary award AwardSaraswati SammanSponsored byK. K. Birla Foundation[1]Date1991LocationDelhiCountryIndiaReward(s)₹15,00,000Most recent winnerSivasankariHighlightsTotal awarded32First winnerHarivansh Rai Bachchan The Saraswati Samman is an annual award for outstanding prose or poetry literary works in any of the 22 languages of India listed in Schedule VIII of the Constitution of India.[1][2] It is named after the Hindu goddess of knowledge, Saraswati.[2&...

 

Rapid transit station in Pennsylvania This article relies largely or entirely on a single source. Relevant discussion may be found on the talk page. Please help improve this article by introducing citations to additional sources.Find sources: Bridgeport station SEPTA – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (August 2022) For other places with the same name, see Bridgeport station (disambiguation). BridgeportBridgeport station in 2017General i...

2022 film by Hansal Mehta FaraazFirst look posterDirected byHansal MehtaWritten byRitesh ShahKashyap KapoorRaghav KakkarBased on July 2016 Dhaka attack, Holey Artisan BakeryProduced byBhushan KumarKrishan KumarAnubhav SinhaSahil SaigalSakshi BhattMazahir MandsaurwalaStarringZahan KapoorJuhi BabbarAamir AliAditya RawalJatin SarinPallak Lalwani Reshham SahaaniCinematographyPratham MehtaEdited byAmitesh Mitesh MukherjeeMusic bySameer RahatProductioncompaniesT-SeriesBenaras Media WorksMahana Film...

 

This article relies excessively on references to primary sources. Please improve this article by adding secondary or tertiary sources. Find sources: Consumer goods in the Soviet Union – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (July 2008) (Learn how and when to remove this template message) Politics of the Soviet Union   Leadership Leaders President list Vice President Collective leadership State Council Presidential Council Communist Party Con...

 
Kembali kehalaman sebelumnya