Rom merupakan ibu negara politik tunggal sehingga 286 M Di bawah Tetrarchy terdapat beberapa pusat politik, manakala Rom terus menjadi ibu negara nominal, budaya dan ideologi keseluruhan empayar. Di bawah pemerintahan Constantine ini berubah ke Constantinople[1]. Selepas pembahagian timur barat, Mediolanum (barat) dan Ravenna (timur) menjadi ibu negara.
"Empayar Rom" boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud "wilayah"; "Empayar Rom" merujuk kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah Rom ini yang menyeberangi sempadan negara kota Rom yang asal telah bermula sejak lama lagi sebelum negara itu menjadi sebuah empayar. Pada kemuncaknya selepas penaklukan Dacia oleh Trajan, Empayar Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.
Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan, dengan tarikh-tarikh pelantikan Julius Caesar sebagai sebagai diktator seumur hidup (44 SM), perang Actium (2 September31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom menganugerahkan Octavian dengan gelaran Augustus (6 Januari27 SM) kesemua ini dikemukakan sebagai calon. Lebih mengelirukan lagi, Octavian mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik Rom dan menyembunyikan kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republik. Pada kelihatannya, Republik Rom masih hidup: konsul-konsul masih dipilih, tribunalmarhaen masih mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam Kuria Rom. Bagaimanapun, Octavian ialah orang yang menguasai kesemua ini serta membuat semua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan digunakan untuk menyokong beliau.
Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September476 ketika Empayar Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun, pandangan ini mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali secara meluas sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan budayaRom. Didasarkan pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom, Empayar Rom amat dipengaruhi oleh budaya dan bahasaYunani, dan telah mengembangkan sifat tersendiri yang dapat dikekalkan, malahan berkembang maju, selama seribu tahun lagi. Pada akhirnya, Empayar Rom ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei1453.
Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasi Eurasia Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya. Pengaruh-pengaruh budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan seni bina Rom terhadap tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.
Masyarakat Rom
Masyarakat Rom terbahagi mengikut sistem kasta. Kelas yang terendah ialah hamba abdi. Mereka tidak diberi hak langsung dan dimiliki oleh orang lain. Selepas itu ialah kelas plebeian. Kumpulan ini ialah orang bebas tetapi mempunyai sedikit pengaruh dalam pentadbiran negara. Kelas kedua tertinggi ialah equestrian (kadangkala dipanggil kesatria). Nama mereka bermaksud penunggang kuda dan setiap equestrian diberi kuda dan boleh menyertai pasukan berkuda untuk bertempur bagi Empayar Rom. Mereka yang ingin menjadi golongan ini haruslah kaya dan berharta. Kelas tertinggi sekali ialah patricians atau golongan bangsawan. Golongan ini ialah golongan paling berkuasa di Rom dan berhak menjadi ahli Senat Rom.
Rujukan
Nota kaki
^Memandangkan konsep klasik dan moden negeri ini tidak sama, kemungkinan lain termasuklah Res publica Romana, Imperium Romanorum dan Romania. (Lihat Wolff, R.L. "Romania: The Latin Empire of Constantinople". In: Speculum, 23 (1948), m/s. 1–34 (m/s. 2–3).)
Empayar Rom pada Abad Pertama daripada PBS: sumber-sumber mengenai Maharaja, pemuisi, serta ahli falsafah Rom, kehidupan pada abad pertama, dan permainan "Maharaja Rom"