Erwin Gutawa Sumapraja (lahir 16 Mei 1962) ialah seorang komposer, pemuzik, dan penerbit rakaman Indonesia. Beliau merupakan suami kepada Lufti Andriani dan juga merupakan bapa kepada Gita Gutawa dan Aura Aria. Beliau memulakan kerjaya muzik profesional pada 1985 sebagai ahli kumpulan jaz Karimata, kemudiannya menjadi pemuzik bebas pada 1991. Sebagai komposer, beliau telah memenangi Festival Lagu Midnight Sun 1992 di Finland bersama Ruth Sahanaya. Pada 2001, beliau memenangi Anugerah Musik Indonesia bagi gubahan muzik terbaik untuk konsert Rockestra beliau.
Biografi
Beliau dilahirkan di Jakarta, Indonesia sebagai Erwin Gutawa Sumapraja pada 16 Mei 1962.[1] Sewaktu zaman kanak-kanaknya, beliau gemar bermain bola keranjang dan bola sepak;[2] dalam tempoh ini beliau juga bermain muzik bagi Bina Musika di bawah arahan Agus Rusli di Televisi Republik Indonesia.[1] Sebagai remaja, beliau terus bermain muzik bersama rakan-rakannya.[2] Selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, Erwin memperoleh ijazah sarjana muda dalam seni bina dari Universiti Indonesia.[1]
Pada awal tahun 1980 Erwin bekerja sebagai pengatur bunyi untuk siri TVRITelerama.[1] Walau bagaimanapun, kerjaya profesionalnya bermula pada 1985 apabila beliau menyertai kumpulan jazz Karimata sebagai pemain bes, bermain bersama-sama dengan Candra Darusman, Aminoto Kosin, Denny T.R. dan Uce Hariono. Bersama-sama Karimata, beliau membuat persembahan di Festival Jazz Laut Utara di The Hague, Belanda pada tahun yang sama.[3]
Dalam tempoh itu, beliau juga bekerja sebagai penggubah dan penerbit untuk penyanyi lain. Selepas Karimata dibubarkan pada tahun 1991, Erwin membentuk orkestra sendiri dan bekerja sebagai komposer. Selain mengarang, beliau juga menganjurkan konsert untuk artis-artis lain.[3]
Pada 16 Mei 2002, beliau meraikan ulang tahun ke-40 dengan mengadakan konsert solo pertamanya, Konsert EG. Ia berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Jakarta dan juga menampilkan Chrisye (kini Allahyarham), Ruth Sahanaya, Krisdayanti, Sheila on 7, dan Slank.[3][5] Sejak itu, beliau telah memegang pelbagai konsert, termasuk Semangat Ramadhan (2008)[6] dan konsert selamat tinggal untuk anak perempuannya Gita Gutawa bertajuk A Masterpiece of Erwin Gutawa (2011).[7]
Pada tahun 2010, beliau telah dipilih untuk menjadi salah seorang juri untuk musim keenam Indonesian Idol.[8]
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Lufti Andriani yang juga lebih dikenali sebagai Lulu. Pasangan ini mempunyai dua orang anak, Aluna Sagita dan Aura Aria Gutawa.[1][2] Beliau juga mempunyai hobi berbasikal dan memasak di rumah, terutamanya makanan Indonesia.[2]
Legasi
Pada tahun 1992, Erwin dan lagu nyanyian Ruth Sahanaya "Kaulah Segalanya" memenangi 5 anugerah di Festival Lagu Midnight Sun di Finland.[1][3] Pada tahun 2001, beliau memenangi anugerah Anugerah Musik Indonesia bagi penggubah muzik terbaik untuk albumnya Rockestra.[5]
Beliau telah digambarkan sebagai mempunyai "sentuhan Midas" untuk muzik, dengan gerak hati yang tajam.[3]
^ abcdeHera Diani (12 May 2002). "Erwin an all-round concert maestro" [Maestro konsert sana-sini Erwin Gutawa]. The Jakarta Post. Dicapai pada 11 July 2011. (Inggeris)
^Helly Minarti (3 November 2000). "Rock the nite away with the 'Rockestra'" [Menggegarkan malam ini bersama 'Rockestra']. The Jakarta Post. Dicapai pada 11 Julai 2011. (Inggeris)