Eurovision: Europe Shine a Light (harfiah: Eurovision: Eropah Memancarkan Sinar) ialah rancangan televisyen siaran langsung dari Kesatuan Penyiaran Eropah sebagai acara pengganti dari Pertandingan Lagu Eurovision 2020, yang dibatalkan kerana pandemik COVID-19.[1] Rancangam ini disiarkan secara langsung dari Hilversum, Belanda pada 16 Mei 2020 dan berlangsung selama kurang lebih dua jam.[2][3] Rancangan ini dihoskan oleh Chantal Janzen, Edsilia Rombley dan Jan Smit, yang sebelum ini dijadualkan untuk mengacarakan Pertandingan Lagu Eurovision 2020 sebelum ia dibatalkan.[4]
Latar belakang
Berikutan wabak penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) sedang berlaku di Eropah, EBU memutuskan untuk membatalkan Pertandingan Lagu Eurovision 2020 dan mengacarakan sebuah acara alternatif bertajuk Eurovision: Europe Shine a Light (harfiah: Eurovision: Eropah Memancarkan Sinar). Tajuk ini diinspirasikan dari lagu "Love Shine a Light" yang dibawakan oleh Katrina and the Waves dan memenangi Pertandingan Lagu Eurovision 1997.
Ini merupakan kali keempat EBU mengadakan persembahan khas dalam format Eurovision. Acara lain ialah peringatan edisi ke 25, 50 dan 60.
Rujukan
Pautan luar