Farmasi (Jawi: فرماسيcode: ms is deprecated ) atau apotek (Jawi: اڤوتيكcode: ms is deprecated )[1] merupakan kemudahan kesihatan yang melibatkan bidang penyediaan, peramuan, penstabilan, pengawetan dan pengagihan ubat-ubatan serta membekal maklumat kandungan dan penggunaannya.[2] Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.[3]
Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan agihan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsi doktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat.
Etimologi
Perkataan "farmasi" dicatatkan paling awal dalam Kitab Vortaro (1932) bererti "pekerdjahan membikin obat-obatan",[4] ia serapan Belandapharmacie (ejaan moden: farmacie) pinjaman lanjut Perancis: pharmaciecode: fr is deprecated turunan Latin: pharmaciacode: la is deprecated "perubatan" serapan Yunani φάρμακον pharmakon "dadah" atau "racun"[5] "Apotek" yang lebih digunakan di kawasan-kawasan tuturan Melayu dalam Indonesia serapan Belanda[1]apotheek bererti "roemah obat" atau "kedai ubat" (winkel voor geneesmiddelen) pinjaman Latin: apothēcacode: la is deprecated "gudang".[6]
Bidang
Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (April 2023)
Farmasi pula dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu:
Farmaseutik, iaitu kajian tentang penghasilan ubat daripada bahan kimia (entiti kimia baru[1])[7]
Farmakognosi, iaitu kajian tentang penghasilan ubat daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan[8][9]
Kimia perubatan, iaitu kajian tentang penentuan, sintesis dan perkembangan entiti kimia baru untuk dijadikan ubat[10]
Ilmu berubat Cina dipercayai telah diperkenalkan Shennong yang mengarang kitab ubatShénnóng Běncǎo Jīng (Cina ringkas: 神农本草经code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 神農本草經code: zh is deprecated ; "Kitab Shennong") menyentuh manfaat hasil tani dan ramuan hutan dikutip dari petua lisan masyarakat Cina semasa zaman kerajaan Han sekitar 206 SM ke 220 M.[11][12][13]
Kedai ubat khusus muncul di Baghdad pada tahun 754 M.[17]Kanun Perubatan dikarang Ibnu Sina sendirinya menyenaraikan sebanyak 800 bahan tumbuhan, galian dan haiwan yang diterangkan sifat dan manfaatnya, cara pembubuhan berdasarkan jenis penyakit hendak dirawat serta gantian yang boleh digunakan.[18]:223
Pembaharuan di Eropah
Maharaja Frederick II menitahkan pemisahan bidang perawatan dan pembuatan ubat pada 1240.[19] Balai Ubat Diraja Kota dan Kerajaan Balansiyah (El Real Colegio de Boticarios de la Ciudad y Reino de Valencia) diasaskan tahun 1441 sebagai badan seumpamanya yang tertua masih berdiri di dunia serta yang pertama merincikan ubatan dikembangkan dengan tatanan masih digunakan sehingga hari ini.[20]
^Kwik Khing Djoen (1923). "pharmacie". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 251.
^M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "farmacie (leer van de bereiding van geneesmiddelen)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. ...via Frans pharmacie ‘id.’ [1579; Rey], ouder farmacie [1314; Rey], ontleend aan Laatlatijn pharmacía ‘het gebruik van geneesmiddelen’, zelf ontleend aan Grieks pharmakeía ‘id.’, een afleiding van phármakon ‘geneeskrachtig kruid, geneesmiddel, tovermiddel, gif’.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
"apotheek (H)" (Kwik, 1923). m/s. 15. "roemah obat. (toko djoewal barang boeat berijas dan obat-obat)."
"apotheek" (M. Philippa dkk, 2009). "Ontleend aan middeleeuws Latijn apotheca ‘apotheek’, dat teruggaat op Latijn apothēca ‘bewaarplaats’ < Grieks apothḗkē ‘id.’, een afleiding van het werkwoord apotithénai ‘wegleggen’, gevormd uit apo- ‘weg’ en tithénai ‘stellen, leggen’..."
^Hadzovic, S (1997). "Pharmacy and the great contribution of Arab-Islamic science to its development". Medicinski Arhiv (dalam bahasa Croatia). 51 (1–2): 47–50. ISSN0025-8083. OCLC32564530. PMID9324574.
^Valencia, MICOF-Muy Ilustre Colegio Oficial de Farmacéuticos de. "historia". MICOF - Muy Ilustre Colegio Oficial de Farmacéuticos de Valencia (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2021-07-28.