Filum berasal dari bahasa Greek; phylum yang bererti cabang. Biasanya istilah ini dipakai dalam ilmu bahasa perbandingan atau dalam ilmu biologi dalam menghuraikan atau mengkelaskan hubungan 'keluarga' antara jenis atau bahasa.
Dalam ilmu bahasa, hal ini merupakan kelompok bahasa atau rumpun bahasa yang berpisah sekitar 50 sampai 100 abad lampau.
Istilah filum biasanya digunakan untuk haiwan, manakala divisi digunakan untuk tumbuhan.
Jenis filum
Haiwan
Nilai di bawah adalah anggaran; angka adalah berbeza-beza mengikut pengarang, sebilangan angka adalah berdasarkan spesies yang diketahui,[1] dan sebilangan lagi adalah berdasarkan andaian bilangan spesies yang tidak diketahui. Sebagai contoh, kira-kira 25,000–27,000 spesies nematod telah dikenal pasti, dengan nilai yang diterbitkan menetapkan angka termasuk 10,000–20,000; 500,000; 10 juta; dan 100 juta.[2]
Saccorhytus bersaiz hanya dalam 1 mm, dan dicirikan dengan badan sfera atau separa sfera dengan mulut ketara. Badannya dilitupi kutikel yang tebal tetapi fleksibel. Satu nodus wujud di atas mulut. Di sekitar badannya, terdapat 8 bukaan dalam suatu kon terpenggal dengan lipatan jejari. Ia dianggap sebagai deuterostom[5] atau bentuk Ecdysozoa awal.[6]
Mungkin merupakan subfilum kordat. Badannya memiliki dua bahagian: bahagian hadapan panjang yang dilitupi "mulut" besar, dan kira-kira seratus objek bulat di setiap sisi yang dianggap sebagai insang atau bukaan berdekatan farinks. Farinks posterior memiliki 7 segmen.
Alam tumbuhan (Plantae) ditakrifkan dalam pelbagai cara berdasarkan ahli biologi. Semua pengelasan termasuk embrofit hidup (tumbuhan darat), yang juga boleh termasuk dua divisi alga hijau, Chlorophyta dan Charophyta, dalam klad Viridiplantae. Jadual di bawah menunjukkan sistem Cavalier-Smith yang terkenal (tetapi juga diperdebatkan) dalam penyamaan "Plantae" dengan Archaeplastida,[8] kumpulan Viridiplantae dengan divisi alga Rhodophyta dan Glaucophyta.
Takrifan dan pengelasan tumbuhan di bahagian divisi juga pelbagai berdasarkan sumber, dan telah berubah sejak kebelakangan ini. Oleh itu, sesetengah sumber meletakkan paku ekor kuda dalam divisi Arthrophyta dan paku-pakis pula dalam Monilophyta,[9] sementara sumber berlainan meletakkan kedua-duanya di bawah Monilophyta seperti di bawah. Divisi Pinophyta mungkin digunakan bagi semua gimnosperma (yakni termasuk sikad, ginkgo dan gnetofit),[10] atau bagi konifer semata-mata seperti di bawah.
Sejak penerbitan pertama sistem APG pada 1998 yang mengusulkan pengelasan angiosperma hingga tahap order, banyak sumber cenderung untuk menetapkan taraf melebihi order sebagai klad tak formal. Divisi tradisional di bawah telah diturunkan ke darjat yang jauh lebih rendah di mana taraf-taraf formal telah diberikan, cth. subkelas.[11]
Filum Microsporidia lazimnya disertakan dalam alam kulat, tetapi perkaitannya masih kurang jelas,[19] dan disangka sebagai protozoa oleh Persatuan Ahli Protistologi Antrabangsa[20] (lihat Protista di bawah). Analisis molekul Zygomycota mendapati bahawa ia adalah polifiletik (ahli-ahlinya tidak berkongsi satu leluhur sepunya),[21] suatu ciri yang kurang diingini dalam biologi. Dengan itu, ada usul untuk memansuhkan Zygomycota. Ahli-ahlinya akan dibahagikan antara Glomeromycota dengan empat subfilum baharu yang bersifat incertae sedis (gaya peletakan belum pasti): Entomophthoromycotina, Kickxellomycotina, Mucoromycotina dan Zoopagomycotina.[19]
Kebanyakannya saprob (menetap di organisma mereput) dan dapat membiat secara seksual serta aseksual.[32]
Kira-kira 1060
Jumlah: 8
Protista
Alam Protista (atau Protoctista) disertakan dalam model lima/enam alam biologi tradisional, dan ditakrifkan sebagai apa-apa eukariot yang bukan tumbuhan, haiwan atau kulat.[3]:120 Protista ialah sebuah takson parafiletik,[34] dan kini kurang diterima dalam biologi. Ada beberapa usul untuk membahagikannya kepada beberapa alam baharu seperti Protozoa dan Chromista dalam sistem Cavalier-Smith.[35]
Taksonomi protista sejak sekian lama adalah tak stabil,[36] dengan pelbagai gaya pendekatan dan takrifan menyebabkan banyak pengelasan yang bercanggahan. Filum yang tersenarai di sini digunakan bagi Chromista and Protozoa oleh Catalogue of Life,[37] dan diperoleh daripada sistem Persatuan Ahli Protistologi Antarabangsa (ISP),[20] dengan kemas kini terbitan terkini (2022) Cavalier-Smith.[38] Sebilangan huraian di sini adalah berdasarkan kemas kini SIP pada 2019.[39]
Catalogue of Life memasukkan Rhodophyta dalam Glaucophyta dalam golongan tumbuhan,[37] tetapi sistem lain menetapkannya sebagai sebahagian Protista.[43]
^ abcCronquist, A.; A. Takhtajan; W. Zimmermann (April 1966). "On the higher taxa of Embryobionta". Taxon. 15 (4): 129–134. doi:10.2307/1217531. JSTOR1217531.
^Chase, Mark W. & Reveal, James L. (October 2009), "A phylogenetic classification of the land plants to accompany APG III", Botanical Journal of the Linnean Society, 161 (2): 122–127, doi:10.1111/j.1095-8339.2009.01002.x
^ abcMauseth, James D. (2012). Botany : An Introduction to Plant Biology (ed. 5th). Sudbury, MA: Jones and Bartlett Learning. ISBN978-1-4496-6580-7. p. 489
^Crandall-Stotler, Barbara; Stotler, Raymond E. (2000). "Morphology and classification of the Marchantiophyta". Dalam A. Jonathan Shaw; Bernard Goffinet (penyunting). Bryophyte Biology. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 21. ISBN978-0-521-66097-6.
^White, Merlin M.; James, Timothy Y.; O'Donnell, Kerry; dll. (Nov–Dec 2006). "Phylogeny of the Zygomycota Based on Nuclear Ribosomal Sequence Data". Mycologia. 98 (6): 872–884. doi:10.1080/15572536.2006.11832617. PMID17486964. S2CID218589354.
^Wyatt, T.; Wösten, H.; Dijksterhuis, J. (2013). "Advances in Applied Microbiology Chapter 2 - Fungal Spores for Dispersion in Space and Time". Advances in Applied Microbiology. 85: 43–91. doi:10.1016/B978-0-12-407672-3.00002-2. PMID23942148.
^Davis, R. A. (19 March 2012). "Kingdom PROTISTA". College of Mount St. Joseph. Dicapai pada 28 December 2016.
^ ab"Taxonomic tree". Catalogue of Life. 23 December 2016. Dicapai pada 28 December 2016.
^Cavalier-Smith T (2022). "Ciliary transition zone evolution and the root of the eukaryote tree: implications for opisthokont origin and classification of kingdoms Protozoa, Plantae, and Fungi". Protoplasma. 259: 487–593. doi:10.1007/s00709-021-01665-7. PMC9010356Check |pmc= value (bantuan).
^Adl SM, Bass D, Lane CE, Lukeš J, Schoch CL, Smirnov A, Agatha S, Berney C, Brown MW, Burki F, Cárdenas P, Čepička I, Chistyakova L, del Campo J, Dunthorn M, Edvardsen B, Eglit Y, Guillou L, Hampl V, Heiss AA, Hoppenrath M, James TY, Karnkowska A, Karpov S, Kim E, Kolisko M, Kudryavtsev A, Lahr DJG, Lara E, Le Gall L, Lynn DH, Mann DG, Massana R, Mitchell EAD, Morrow C, Park JS, Pawlowski JW, Powell MJ, Richter DJ, Rueckert S, Shadwick L, Shimano S, Spiegel FW, Torruella G, Youssef N, Zlatogursky V, Zhang Q (2019). "Revisions to the Classification, Nomenclature, and Diversity of Eukaryotes". Journal of Eukaryotic Microbiology. 66 (1): 4–119. doi:10.1111/jeu.12691. PMC6492006. PMID30257078.
^Cavalier-Smith T (2013). "Early evolution of eukaryote feeding modes, cell structural diversity, and classification of the protozoan phyla Loukozoa, Sulcozoa, and Choanozoa". European Journal of Protistology. 49 (2): 115–178. doi:10.1016/j.ejop.2012.06.001. PMID23085100.
^Cavalier-Smith T (1987). "The Origin of Eukaryote and Archaebacterial Cells". Annals of the New York Academy of Sciences. 503: 17–54. doi:10.1111/j.1749-6632.1987.tb40596.x.