Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Göbekli Tepe

Göbekli Tepe
  • Girê Mirazan
  • Xirabreşkê
Kawasan penggalian utama Göbekli Tepe yang menunjukkan runtuhan beberapa bangunan prasejarah.
Göbekli Tepe yang terletak di Turki
Göbekli Tepe
Lokasi di Turki
LokasiProvinsi Şanlıurfa, Turki
WilayahAnatolia Tenggara
Koordinat37°13′23″N 38°55′21″E / 37.22306°N 38.92250°E / 37.22306; 38.92250Koordinat: 37°13′23″N 38°55′21″E / 37.22306°N 38.92250°E / 37.22306; 38.92250
Sejarah
Diasaskans. 9500 SM[1]
Ditinggalkans. 8000 SM[1]
Zaman
Perincian tapak
Ditemui1963
Tarikh penggalian1995–kini
Ahli arkeologi
KeadaanTerpelihara dengan baik
Nama rasmi
Göbekli Tepe
JenisBudaya
Kriteria(i), (ii), (iv)
Ditetapkan2018 (sesi ke-42)
No. rujukan
1572
Negara pihakTurki
WilayahAsia Barat

Göbekli Tepe (Turki: [gœbecˈli teˈpe],[2] juga Girê Mirazan dan Xirabreşkê dalam bahasa-bahasa Kurdi[3]) ialah suatu tempat ibadah yang terletak 15 km di timur laut kota Şanlıurfa (Urfa) di tenggara Turki. Tempat ini berada dalam penelitian pakar arkeologi Jerman, Klaus Schimdt dan kemudiannya oleh pihak Turki. Kuil ini dianggap sebagai kuil tertua yang ditemui di dunia dan memiliki tiang sebanyak 200 batang yang disusun dalam 20 buah bulatan. Setiap tiang mempunyai ketinggian 6 meter dengan berat kira kira 20 tan.

Tapak ini pertama kali dicatat dalam penulisan ilmiah pada 1963, dan Schmidt mula menjalankan penggalian pada 1995 hingga beliau meninggal dunia pada 2014. Selepas itu, projek arkeologinya disambung oleh pihak Universiti Istanbul, Muzium Şanlıurfa dan Institut Arkeologi Jerman di bawah seliaan pakar prasejarah tempatan Necmi Karul. Tapak ini diperakui sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2018 beserta pengiktirafan terhadap tapak sebagai "salah satu ciptaan-ciptaan terawal seni bina monumen manusia".[4] Setakat 2021, kurang 5% tapak telah digali.[5]

Rujukan

  1. ^ a b Clare 2020.
  2. ^ "Göbekli Tepe". Forvo Pronunciation Dictionary.
  3. ^ Kosen, Hesen (24 Julai 2019). "Girê Mirozan Rihayê dike navenda geshtyariyê". Kurdistan 24 (dalam bahasa Kurdish). Dicapai pada 25 November 2020.
  4. ^ "Göbekli Tepe". UNESCO World Heritage Centre (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ Strebe, Matthew. "Göbekli Tepe, Turkey". Global Heritage Fund (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Ogos 2021.

Jurnal

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya