Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Garisan Jadi

Peta dunia menunjukkan Garisan Jadi

Garisan Jadi[1] (Jawi: ڬاريسن جادي) ialah garis lintang yang menandakan kedudukan Matahari tegak yang paling jauh ke selatan. Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun, iaitu ketika solstis Disember apabila hemisfera selatan Bumi paling condong ke arah Matahari.

Garisan Jadi letaknya 23° 26' di selatan khatulistiwa.

Penamaan

Nama "Jadi" dalam garisan ini datangnya daripada bahasa Arab الجديal-jadī iaitu nama lain suatu buruj yang turut dikenali dengan nama "Kambing Duyung", "Makara" (Sanskrit: मकर makara) atau nama bahasa Latinnya "Capricornus" (bandingkan bahasa Inggeris: Capricorn);[2][3] ruang di langit yang menempatkan buruj tersebut juga kedudukan Matahari semasa solstis Disember yang diperhatikan suatu ketika dahulu sekitar 2000 SM.[4]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Carian Umum - Garisan Jadi". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2024-11-16.
  2. ^ Shaharir Mohamad Zain (2013), "Muncul-Lesapnya Konsep dan Istilah Asli Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu Sebelum Abad Kedua Puluh Masihi", Siri Wacana Keterlestarian Ilmu Malayonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
  3. ^ Shaharir Mohamad Zain (2018). Terukirnya Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik Malayonesia. Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 48. ISBN 978-967-461-243-6.
  4. ^ Jordan, Cathy (20 Jun 2003). "What is the significance of the Tropic of Cancer, Tropic of Capricorn, Arctic Circle and Antarctic Circle?". Ask An Astronomer. Universiti Cornell.
Kembali kehalaman sebelumnya