Dalam biologi, genom (Inggeris: genome) adalah keseluruhan maklumat keturunan suatu makhluk hidup yang dikod ke dalam DNA (atau RNA untuk sesetengah virus), baik yang merupakan gen ataupun bukan. Genom mencakupi semua maklumat genetik yang dibawa DNA, baik di inti sel, mitokondrion, mahupun plastida. Setiap spesies makhluk hidup memiliki paket genom yang berbeza-beza, yang menjelaskan mengapa perkahwinan silang antara dua spesies boleh menghasilkan keturunan yang mandul. Istilah genom ini dicipta pada 1920 oleh Hans Winkler, seorang profesor botani di Universiti Hamburg, Jerman, sebagai kata lakur dari perkataan gen dan kromosom [1].
Rujukan
- ^ Joshua Lederberg and Alexa T. McCray (2001). "'Ome Sweet 'Omics -- A Genealogical Treasury of Words". The Scientist. 15 (7).
- Salinan dalam talian: pdf Diarkibkan 2006-09-29 di Wayback Machine