Pengenalan
Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) merupakan salah satu pertubuhan belia Cina yang terbesar di Malaysia. Sehingga hari ini, jumlah cawangan mencapai 300 buah yang berkelompok di seluruh negara.
Pertubuhan GBBM ditubuhkan di Tehel, Melaka dan mendapat Kebenaran Pendaftaran mengikut Akta Pertubuhan 1966 pada 21hb April 1976. Pertubuhan GBBM merupakan pertubuhan belia Cina yang diakui oleh Kerajaan setelah ditubuhkan. Pada ketika itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ( Kini Kementerian Belia dan Sukan ) sentiasa menjemput Pertubuhan GBBM untuk menyuarakan pandangan dalam dasar belia negara. Sehingga kini, GBBM masih mendirikan perhubungan yang erat dengan Kementerian Belia dan Sukan dan ini boleh dibuktikan dengan pelbagai aktiviti yang disokong oleh Kementerian. Di samping itu, Pertubuhan GBBM juga salah sebuah badan gabungan Majlis Belia Malaysia. Selain itu, Pertubuhan GBBM juga merupakan Pertubuhan Belia yang ketiga berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 pada 26hb Jun 2008.
Pertubuhan GBBM yang telah melalui lebih daripada satu suku abad masih aktif dalam aspek menyatupadukan belia-belia Malaysia. Hasil sedap hari ini memerlukan usaha yang agak teguh daripada pemimpin-pemimpin pertubuhan GBBM yang tidak berputus asa atas menghadapi segala rintangan.
Aktiviti yang dianjurkan oleh Pertubuhan GBBM merangkumi pelbagai aspek. Contohnya penyelidikan sosio-ekonomi belia, aktiviti sukan, aktiviti tradisional, kursus kepimpinan belia, perbincangan isu-isu semasa dan lain-lain.
Saudara Chook Wai Mun merupakan Presiden GBBM Ke-7.
Struktur Organisasi
Belia Malaysia Yang berumur 15-40 tahun, tidak kira apa jua bangsa dan agama boleh memohon untuk menjadi ahli biasa atau ahli seumur hidup GBBM.
Alamat surat-menyurat
Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM)
Ibu Pejabat GBBM, 2nd Floor, No. 8,
Jalan Cempaka 14, 68000 Ampang,
Selangor, Malaysia
Phone: 603-9282 6936
Fax: 603-9202 1552
email: [email protected]
Website: http://www.gbbm.org.my/