Ghaz Abu Bakar |
---|
Kelahiran | Mohd Ghazali bin Abu Bakar (1974-12-06) 6 Disember 1974 (umur 49)
|
---|
Nama lain | Ghaz |
---|
Pendidikan | Sarjana Muda Sc. (Hons) Filem dan Animasi |
---|
Pusat pendidikan | Universiti Multimedia (MMU) |
---|
Pekerjaan | Pengarah, penerbit, penulis |
---|
Tahun aktif | 1996–kini |
---|
Mohd Ghazali bin Abu Bakar (lahir 6 Disember 1974) merupakan seorang pengarah filem, televisyen dan muzik video Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya selama 7 tahun. Beliau juga merupakan bekas pelajar di dalam Sarjana Muda Sc. (Hons) Filem & Animasi di universiti sama. Beliau turut memiliki studio penerbitannya, The Media Hustler.[1]
Kehidupan awal
Dilahirkan pada 6 Disember 1974 di Johor Bahru, Johor, Ghaz merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Sc. (Hons) Filem & Animasi di Universiti Multimedia, Cyberjaya.[1] Beliau memulakan kerjaya awalnya dalam bidang perbankan sebelum berhenti untuk menjadi pensyarah di pusat pendidikannya, beliau mengkhususkan dalam bidang multimedia kreatif, terutamanya Penerbitan Multimedia.[1] Semangat untuk muzik dan videografi mendorong beliau untuk mengarahkan video pertama beliau, "Sesucinya Cintamu" yang dipopularkan oleh Anuar Zain. video pertama dihasilkan mendapat sambutan hangat daripada penonton dan juga orang dari industri muzik, kerana perbezaan ketara dalam bercerita.[1] Dari itu, beliau terus membuat lebih banyak video muzik sambil meneruskan kerjaya sebagai pensyarah di universiti.[1]
Kerjaya
Ghaz mengarahkan filem cereka pertamanya, Hantu Kapcai yang ditayangkan pada 27 September 2012 terbitan Showbiz Productions.[2] Filem yang mengisahkan tentang Ajib, seorang mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger. Hantu Kapcai merupakan kejayaan komersial luar biasa, ia berjaya meraih kutipan RM3 juta sekaligus mengatasi kutipan filem animasi Hollywood, Hotel Transylvania lakonan suara Adam Sandler dan Selena Gomez dan filem Looper lakonan Bruce Willis dan Emily Blunt, yang ditayangkan serentak pada tarikh sama. Percubaan sulung Ghaz berjaya membuahkan hasil apabila Hantu Kapcai memenangi Anugerah Blokbuster 2013 bagi kategori Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat, Hero Terhebat (Zizan Razak), dan Heroin Baru Terhebat (Neelofa).[3]
Pada tahun 2015, beliau mengarahkan filem Cicakman 3 bersama Yusry KRU. Filem lakonan Zizan Razak dan Lisa Surihani.[4] mengisahkan Man, seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu.[5][6] Filem ini merupakan yang pertama dalam trilogi ini yang menampilkan arahan bersama Yusry dan Ghaz serta hasil terbitan tiga syarikat produksi, KRU Studios, Astro Shaw dan Grand Brilliance.
Beliau mengarahkan filem Polis EVO di mana ia menyaksikan Zizan bekerja di bawah arahan beliau buat kali ketiga dan filem pertama Shaheizy Sam di bawah arahan beliau. Ia berkisarkan dua anggota polis, Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.[7] Polis EVO merupakan kejayaan komersial di pawagam, menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama lima bulan dengan kutipan sebanyak RM 17.47 Juta,[8] sekaligus melayakkan Ghaz menerima pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pengarah Terbaik.
Ghaz mengarahkan telefilem komedi Baby Bro! yang dibintangi oleh Zizan Razak, Shaheizy Sam, Izara Aishah dan Qistina Raisah. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[9][10][11]
Kolaborasi
Ghaz mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Zizan Razak dan Yus Murai ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam lima filem.
Filemografi
Filem
Televisyen
Muzik video
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Lain-lain | |
---|