HMS Furious adalah penjajap tempur kelas Courages yang diubahsuai, dibina untuk Tentera Laut Diraja British (RN) semasa Perang Dunia Pertama. Ia direka bagi menyokong Projek Baltik yang diperjuangkan oleh Sea Lord Pertama bagi Admiralty, Lord John Fisher. Kapal ini memiliki perisai sangat ringan dan dilengkapi dengan hanya beberapa senjata berat. Furious telah diubahsuai dan menjadi kapal induk pesawat udara semasa pembinaan. Turet hadapannya telah dibuang dan dek penerbangan telah ditambah menggantikannya, dengan itu pesawat terpaksa bergerak mengelilingi struktur utama untuk mendarat. Kemudian ketika perang, turet belakang kapal itu dibuang dan dek penerbangan kedua dipasang di belakang struktur utama, tetapi ini adalah kurang memuaskan kerana pergolakan udara. Furious telah dikeluarkan seketika selepas perang sebelum ia dibina semula dengan dek penerbangan panjang sepenuhnya pada awal 1920-an.
Selepan pengubahsuaian, Furious digunakan secara meluas bagi ujian pesawat navy dan kemudiannya sebagai kapal induk pesawat udara latihan sebaik sahaja kapal induk pesawat udara berperisai baru seperti Ark Royal memasuki perkhidmatan pada lewat 1930-an. Semasa awal bulan Perang Dunia Kedua kapal induk pesawat udara ini menghabiskan masanya memburu penyerbu Jerman di laut Atlantik Utara dan mengiringi konvoi. Ini bertukar secara dramatik semasa Kempen Norwegian pada awal 1940 apabila pesawatnya memberikan perlindungan udara bagi tentera British di darat selain menyerang perkapalan Jerman. Yang pertama dari sejumlah besar misi mengangkut sejumlah besar pesawat udara dilakukannya semasa kempen tersebut. Selepas pengunduran tentera British pada bulan May, Furious membuat beberapa serangan anti-perkapalan di Norway dengan sedikit hasil sebelum memulakan rutin berterusan bagi mengangkut pesawat udara bagi Tentera Udara DiRaja British.
Pada mulanya Furious membuat beberapa perjalanan ke Afrika Barat, tetapi ia mula mengangkut pesawat ke Gibraltar pada tahun 1941. Serangan yang gagal terhadap pelabuhan ditangan Jerman di Lautan Atlantik mengganggu misi mengangkut pesawat pada pertengahan-1941. Furious diberikan pembaikan yang lama di United States dan menghabiskan masa selama beberapa bulan berlatih sebelum kembali pada bulan April 1942. Ia melakukan beberapa perjalanan mengangkut pesawat pada pertengahan-1942 sebelum pesawatnya menyerang pangkalan udara di Vichy FrenchAlgeria sebagai medan pembukaan bagi Operasi Torch pada November 1942. Kapal ini kekal di Mediterranean sehingga Februari 1943 apabila ia dipindahkan ke Home Fleet.
Furious menghabiskan sebahagian besar tahun 1943 dalam latihan, tetapi membuat beberapa serangan ke atas kapal perang Jerman Tirpitz dan sasaran lain di Norway pada separuh pertama tahun 1944. Menjelang September 1944, kapal itu menunjukkan umurnya dan dia diletakkan di dalam simpanan. Furious telah nyahaktif pada bulan April 1945, tetapi tidak dijual sebagai besi lusuh sehingga 1948.
Nota
Nota kaki
^ abRalat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama endpaper
Burt, R. A. (1993). British Battleships, 1919–1939. London: Arms and Armour Press. ISBN1-85409-068-2.
Burt, R. A. (1986). British Battleships of World War One. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN0-87021-863-8.
Buxton, Ian (2008). Big Gun Monitors: Design, Construction and Operations 1914–1945 (ed. 2nd, revised and expanded). Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN978-1-59114-045-0.
Brown, J. D. (2009). Carrier Operations in World War II. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN978-1-59114-108-2.
Bruce, J. M. (1976). "Sopwith's Pedigree Pup". Air Enthusiast Quarterly. Bromley, Kent, UK: Pilot Press. 4.
Campbell, N. J. M. (1978). Battle Cruisers: The Design and Development of British and German Battlecruisers of the First World War Era. Warship Special. 1. Greenwich: Conway Maritime Press. ISBN0-85177-130-0. OCLC5991550.
Chesneau, Roger (1998). Aircraft Carriers of the World, 1914 to the Present. An Illustrated Encyclopedia (ed. Revised). London: Brockhampton Press. ISBN1-86019-87-5-9.
Friedman, Norman (1988). British Carrier Aviation: The Evolution of the Ships and Their Aircraft. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN0-87021-054-8.
Haarr, Geirr H. (2010). The Battle for Norway: April–June 1940. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN978-1-59114-051-1.
Jenkins, C. A., Commander (1972). HMS Furious/Aircraft Carrier 1917–1948: Part II: 1925–1948. Warship Profile. 24. Windsor, Berkshire: Profile Publications. OCLC10154565.
McBride, Keith (1990). "The Weird Sisters". Dalam Gardiner, Robert (penyunting). Warship. 1990. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. m/s. 102–117. ISBN1-55750-903-4.
Nailer, Roger (1990). "Aircraft to Malta". Dalam Gardiner, Robert (penyunting). Warship 1990. London: Naval Institute Press. m/s. 151–65. ISBN1-55750-903-4.
Newbolt, Henry (1996). Naval Operations. History of the Great War Based on Official Documents. V (ed. reprint of the 1931). Nashville, TN: Battery Press. ISBN0-89839-255-1.
Parkes, Oscar (1990). British Battleships (ed. reprint of the 1957). Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN1-55750-075-4.
Roberts, John (1997). Battlecruisers. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN1-55750-068-1.
Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea 1939–1945: The Naval History of World War Two (ed. 3rd revised). Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN1-59114-119-2.
Sturtivant, Ray (1990). British Naval Aviation: The Fleet Air Arm, 1917-1990. London: Arms & Armour Press. ISBN0-85368-938-5.
Sturtivant, Ray (1984). The Squadrons of the Fleet Air Arm. Tonbridge, Kent, UK: Air-Britain (Historians). ISBN0-85130-120-7.