Tan Sri Habib Mohammed Shah (93 tahun) atau HM Shah adalah bekas Pengarah Urusan pertama syarikat akhbar Utusan Melayu.Beliau seorang usahawan berjaya dan memiliki beberapa perniagaan antaranya Hotel Shah dan Shah Tower di Petaling Jaya serta Shah Village and Resort di Tanjung Keling, Melaka.
Meninggal dunia
Pada 26 Mei 2014, Tan Sri H.M. Shah meninggal dunia di Guangzhao, China. pada usia 93 tahun.Isterinya, Puan Sri Viera Serina Shah, 68, dan anaknya ada di sisi.Adiknya, Mohamad Kasim Abdul, 69, memaklummkan bahawa HM Shah pergi ke China bagi mendapatkan rawatan susulan penyakit barah yang dihidapinya sejak beberapa bulan.Jenazah dibawa balik ke Shah Alam, Selangor sebelum disemadikan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, lapan orang anak dan 15 orang cucu.[1]
Rujukan