Haji (atau juga dieja sebagai al-Haj) merupakan gelaran hormat yang diberikan kepada seseorang Muslim yang berjaya menunaikan ibadat haji di Makkah.[1] Gelaran ini diletakkan sebelum nama seseorang (contoh Ali Zakaria menjadi Tuan Haji Ali Zakaria). Ia berasal daripada perkataan bahasa Arab, ḥājj, yang merupakan partisipel aktif kepada kata kerja ḥajja yang membawa maksud "melakukan penziarahan [ke Makkah]".
Gelaran
Biasanya gelaran Tuan Haji diberikan kepada para Muslim yang telah menunaikan ibadah Haji di Makkah
Rujukan
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.