Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Hamid Gurkha

Hamid Gurkha
Kelahiran
Abdul Hamid bin Abdul Rahman

(1931-08-22)22 Ogos 1931
Meninggal dunia14 Jun 2022(2022-06-14) (umur 90)
Sebab kematianTuberkulosis dan beberapa komplikasi penyakit lain
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa, Klang, Selangor
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1978–2020
PasanganTimah Abdul Hamid
Anak-anak8

Abdul Hamid Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha (22 Ogos 1931 – 14 Jun 2022)[1] merupakan seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.

Kematian

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 14 Jun 2022 akibat penyakit Tuberculosis dan beberapa komplikasi penyakit yang lain

Askar zaman British

Dilahirkan pada 22 Ogos 1931, ketika negara masih lagi di bawah penjajah British, Pak Hamid menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun (1950-1957) .

Semasa Peristiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 iaitu balai polis Bukit Kepong diserang oleh 180 penganas komunis, hati beliau melonjak untuk menghulurkan bantuan, tetapi segala perhubungan telah dipotong oleh komunis.[2] Peristiwa itu masih bermain di fikiran. Sebab itu apabila ada isu dicetuskan baru-baru ini mengenai Mat Indera diangkat sebagai pejuang, beliau rasa terkilan.

Hamid Gurkha Johan Bintang Radio RTM

Aktiviti seni bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.Kemudian Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menawarkan beliau membuat persembahan pentas. Sejak itu beliau bergerak di bawah kementerian .Tidak lama kemudian, Datuk Jamali Shadat (pelawak) mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.

Pada era 80-an, filem Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1989) dan Main-main Hantu (1990) memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat. Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila (1979), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Rock (2005), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan terbaru, Alamak Toyol (2011).[3]

Album Komedi

Hamid bersama Jamali pernah menghasilkan beberapa buah album komedi yang memuatkan sketsa lawak jenaka dan lagu-lagu komedi pada era 70an terbitan Life Records namun tidak meneruskan lagi minatnya itu. Segelintir syarikat rakaman yang masih gagal menilai harga artis veteran sepertinya.Beliau patah hati untuk merakamkan album kerana ditawarkan harga tidak berpadanan dengan bakat, kebolehan dan pengalamannya.Beliau ada terima tawaran merakamkan album sketsa lawak jenaka daripada beberapa syarikat rakaman, tetapi ditolak kerana bayaran ditawarkan langsung tidak berbaloi. Setelah lebih 30 tahun bergiat dalam industri ini, itu sahaja yang mampu mereka bayar dan ia sangat mengecewakan.

Ada juga di antara mereka yang memberi alasan, album sekarang sukar dijual berbanding album dahulu. Namun, pada tahun 2003, suara beliau pernah dikomersialkan sebagai nada dering telefon bimbit yang laris terjual ketika itu .

Petua sihat Pak Hamid

Walaupun usianya sudah lanjut, 86 tahun, Pak Hamid bersyukur kerana tidak mengidap penyakit merbahaya. Beliau selalu amalkan '3 Kul' setiap kali selepas solat. Setiap kali selepas solat, saya akan baca tiga surah tersebut dan selawat ke atas Nabi SAW tujuh Kali.

Saya turut amalkan bacaan selawat nabi setiap kali mandi di waktu pagi. Ketika jirus air ke badan, saya sertakan dengan doa agar ALLAH SWT menghindarkan penyakit. Beliau juga amalkan pengambilan beras merah untuk kekal sihat sejak lapan tahun lalu. Sejak 40 tahun lalu beliau tidak mengambil makanan laut dan jarang makan ayam dan daging. Minuman bergas dan berais juga dielakkan. Lebih baik berpantang dalam pemakanan kerana ingin mengelak daripada terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung.

Pentas dan filem

Hamid Gurkha mula dikenali melalui filem Gila-Gila pada 1978 dan masih aktif dalam bidang seni. Sehingga kini, Pak Hamid masih tertanya-tanya, bagaimana dia boleh bergelar seorang pelawak kerana perkara itu tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Sebelum menyertai pertandingan Bintang Radio RTM, Pak Hamid pernah menyertai pentas kampung untuk membuat persembahan sambutan hari raya dan sebagainya. Ketika itu, niatnya hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang dan melampiaskan minat dalam dunia seni. Memang dari bangku sekolah lagi, saya sering buat lawak dengan kawan-kawan.

Beliau mengakui peminat biduan agung Tan Sri P. Ramlee dan selalu menyanyikan lagu-lagunya. P. Ramlee banyak memberi tunjuk ajar. Pada tahun 2014, beliau telah menerima penghargaan khas atas sumbangan beliau dalam dunia lawak jenaka tanahair di Anugerah Lawak Warna ke-2. Beliau menerima anugerah tersebut bersama rakan karib, Datuk Jamali Shadat.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1978 Gila-Gila Hamid Filem pertama
1979 Panglima Badol Sengkuang
1982 Sikit Punya Gila Hamid
1983 Aku Yang Berhormat
1984 Talak
1986 Jejaka Perasan Pak Wok
1988 Guru Badul Sameon
1989 Ragam Pemandu Hamid
1990 Main-main Hantu Atan
1992 Konstabel Mamat
1996 Impian Pak Mahid
Amelia Tukang Kebun
1998 Silat Lagenda Mo (suara)
1999 Senario The Movie Pak Hamid
2005 Tak Ori Tapi Ok Penampilan khas
Rock Dirinya sendiri
Kemarau Cinta Pak Jidin
2006 Salah Bapak Pak Joko
2007 Zombi Kampung Pisang Pak Mail
2008 Antoofighter: Amukan Drakulat! Kiyai Gurkha
2010 4 Madu Imam
2011 Kembar Siang Wak Sengau
Bini-Biniku Gangster Ayahanda Halim
Alamak... Toyol! Pak Umar
2012 Sofazr The Movie - Jiwa Kacau Pak Abu
Halim Munan Bapa Puyu
2014 Lu, Gua, Bro! Pak Kulop
2015 Abang Lejen Tok Penghulu/Pak Long Pelakon undangan
2017 Kerja Kahwin Pakcik Pekak Penampilan khas
2020 Superbike The Movie Pak Hamid Filem terakhir

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1988 Jenaka Hang Setia TV1 Drama pertama, sitkom
1990 Platform Episod: "Lagak YB"
1992 Hikayat Hang Setia Sitkom
1995–1996 Sambal Pak Tam TV3
1997 Kerana Ramli Jaafar TV1
1999 Spanar Jaya Endut ntv7 Pelakon undangan
2007 Bujang Antik TV1
2010 Bujang Sepah Lalalitamplom (Musim 2) Astro Prima
2011 Halimah Jongang The Series Tok Umar
2015 Sayap Jibril Pak Ngah Astro Oasis Episod: "Aman - Ah!"
Pengembaraan Jason Murad Pak Sazali TV9 Drama terakhir

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1989 Rumah Kedai Jalan Seladang TV1 Telefilem pertama
1995 Orang Terbang Bapa Suparman TV3
2000 Berlagak Dollah VCD
2001 Penantian Satu Harapan
2002 Momok 2 Tok Hamdan
Histeria Pak Yem
2003 Siapa Tak Sayang Bini! 2 Tok Bomoh
Neon Penduduk Kampung III Penampilan khas
2004 Gosok Pak Hamid
2005 Gosok 2
2008 Alahai Cicit Atuk Atuk Astro Ria
2010 Halimah Jongang Tok Umar Astro Prima
2012 Suami Terpuji Pak Mud TV9
2015 7 Petola Cinta Telefilem terakhir

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Di Balik Tawa (Musim 2) Artis Jemputan Astro Warna

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2021 Anugerah MeleTOP Era 2021 Seniman Legend MeleTOP Hamid Gurkha Menang

Rujukan

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya