Hari Reben Hitam, secara rasmi dikenali di Kesatuan Eropah sebagai Hari Eropah Peringatan untuk Mangsa Stalinisme dan Nazisme dan juga dirujuk sebagai Hari Seluruh Eropah Peringatan untuk mangsa kesemua rejim totalitarian dan autoritarian,[1][2] ialah hari antarabangsa peringatan untuk mangsa rejim totalitarian, khususnya rejim Stalinis, komunis, Nazi dan fasis.[3][4] Secara rasmi diiktiraf oleh Kesatuan Eropah, Pertubuhan untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah dan beberapa negara lain, ia disambut pada 23 Ogos. Ia melambangkan penolakan "faham pelampau, sikap tidak bertolak ansur dan penindasan" menurut Kesatuan Eropah.[5][6] Tujuan Hari Peringatan untuk mengekalkan ingatan mangsa pengusiran dan penghapusan beramai-ramai, sambil menggalakkan nilai demokratik untuk memperkuat kedamaian dan kestabilan di Eropah.[7] Ia merupakan satu daripada dua hari atau perauasn peringatan rasmi Kesatuan Eropah, bersama Hari Eropah.[5] Di bawah nama Hari Reben Hitam ia merupakan hari peringatan rasmi Kanada.[8] Kesatuan Eropah telah menggunakan kedua-dua nama bersama-sama.[9]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Kategori berkenaan Hari Reben Hitam di Wikimedia Commons
Templat:Prague Process