Tuan Harumaini Omar ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Batang Kali selama hampir sepenggal (2018-2023).
Politik
Beliau merupakan antara lapan calon BERSATU di DUN Selangor. BERSATU bertanding di sembilan kerusi DUN sahaja iaitu Sungai Air Tawar, Batang Kali, Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Selat Klang, Sijangkang dan Dengkil. Walau bagaimanapun, BERSATU hanya menang 6/8 kerusi dan tewas di Sungai Air Tawar, Sungai Burong dan Sijangkang. ADUN Selat Klang, Abdul Rashid Asari satu-satunya wakil EXCO Selangor dari BERSATU.
Pasca-Langkah Sheraton yang menyaksikan BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan secara rasmi menyebabkan Abdul Rashid Asari digugurkan daripada EXCO Selangor dan kesemua ADUN BERSATU dipindahkan ke blok pembangkang. Namun demikian, tiga ADUN BERSATU Selangor iaitu ADUN Batang Kali (Harumaini Omar), ADUN Jeram (Mohd Shaid Rosli) dan ADUN Kuang (Sallehudin Amiruddin) telah menyertai Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan oleh Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir[1].
Ketiga-tiga ADUN tersebut dicalonkan di kerusi Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Selayang mewakili Gerakan Tanah Air dan parti PEJUANG pada PRU-15. Namun demikian, ketiga-tiga mereka tewas. Pada PRN Selangor ke-15, GTA dan PEJUANG tidak bertanding. Namun demikian, Sallehudin Amiruddin bertanding secara BEBAS di DUN Kuang[2].
Keanggotaan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Batang Kali telah terhenti pada 16 Februari 2023 kerana gagal untuk menghadirkan diri tanpa kebenaran melebihi 6 bulan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang Dewan Negeri Selangor.[3]
Pautan luar
Harumaini Omar di Facebook - Profil Facebook
Rujukan