Hemen ialah seorang dewa falkon dalam agama Mesir Purba.
Tempat pemujaan
Dia selalunya dipuja sebagai dewa yang telah bersatu dengan Horus, sebagai Horus-Hemen, dewa bandar Asphynis[1] atau Horakhte-Hemen di bandar Hefat. [2][3][4] Flinders Petrie, ahli kaji purba Mesir British, memanggil Hemen dewa bandar Tuphium. Hemen juga digunakan untuk nama sebuah bandar Mesir purna (seperti yang disebut oleh Flinders Petrie semasa pengajiannya di Abydos).[5]
Beberapa contoh artifak yang merujuk Hemen
Hemen disebut dalam seberapa inskripsi dan teks. Antaranya termasuk:
Ankhtifi, seorang nomark (= gabenor daerah) dari Tempoh Perantaraan Pertama, ditunjukkan sedang memeriksa armada, membunuh seekor badak air di Hefat semasa perayaan dan mempersembahkan badak air itu kepada Hemen.[7]
Sebuah stele bulat dari dinasti ke-13 menyeru Ptah-Sokari-Osiris dan Horus-Hemen dewa Asphynis. Stele itu dahulunya dalam koleksi V. Golenishchev tetapi kini berada di Moscow, di Muzium Seni Halus Negeri Pushkin.[8]
Ketua pemahat Userhat yang hidup pada akhir dinasti ke-18/permulaan dinasti ke-19 menyebut "menyebabkan patung pujaan bersemayam di keramat mereka". Hemen dari Hefat ialah salah satu dewa yang Userhat bertanggungjawab menjaga.[9]
Dalam dinasti ke-22 Hemen dari Hefat disebut sebagai tukang ramal. Seorang lelaki bernama Ikeni menghadap Hemen di Hefat dan dewa itu berkata "Ikeni betul! Dia sudah bayar (dll.)".[12]
Firaun dinasti ke-25 Taharqa ditunjukkan di hadapan dewa Hemen dalam sebuah patung yang kini berada di Louvre.
Sekitar 300 SM, Kultus Hemen masih aktif seperti yang dibuktikan oleh inskripsi seorang pegawai bernama Hornefer.[2]
Dalam penyenaraian Institut Griffiths: Objek batu dengan Hemen yang mungkin berkepala helang menunjukkan teks Amenophis III "yang dikasihi Hemen, dewa perayaan sed".[13]
^ ab"Text of Hor-nefer". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-03. Dicapai pada 2010-04-29. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Hor-nefer" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^The Griffiths Institute formerly in V. Golenishchev colln. 4157, now in Moscow, State Pushkin Museum of Fine Arts