Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Heng Seai Kie

Senator Datuk
Heng Seai Kie
DMSM (Melaka)
Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Malaysia
Dalam jawatan
4 Jun 2010 – 15 Mei 2013
Didahului olehChew Mei Fun
Digantikan olehAzizah Mohd Dun
Maklumat peribadi
Lahir (1962-06-12) 12 Jun 1962 (umur 62)
Alor Setar, Kedah
Anak1
PekerjaanAhli politik, Pensyarah

Datuk Heng Seai Kie merupakan Bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Jun 2010 di Putrajaya. Sebelum ini, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Budaya dan Komunikasi terlebih dahulu. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009.[perlu rujukan]

Jawatan

  • Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (10 April 2009)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1 Jun 2010)

Isu dan kontroversi

Pada Oktober 2012, Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggalakkan rogol ke atas wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat [1]. Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Pusat, Aiman Athirah al-Jundi kesal dengan dakwaan sembrono itu. . Wanita PAS sedia menganjurkan sidang meja bulat bagi membincangkan soal aurat wanita, isu rogol dan zina dari perspektif Islam. Kemungkinan Heng tidak memahami seni bahasa Melayu (mantik) yang digunakan oleh Nik Aziz. Tuduhan Heng disokong pula oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek semasa Perhimpunan Agung MCA 2012. [2]

Rujukan

Kembali kehalaman sebelumnya